in

“Malaysia truly asia” – Cium Pipi & Peluk Ahli Blue, Netizen Labelkan Kila Fairy Miang

Kilafairy4

Beberapa hari yang lepas, kita semua sedia maklum boyband antarabangsa yang terkenal menerusi lagu All Rise kumpulan Blue, datang ke Malaysia menjayakan konsert.

Umumnya, setiap artis luar negara yang ingin mengadakan konsert jelajah di Malaysia, mereka haruslah mengikuti garis panduan yang ditetapkan bagi menghormati budaya di negara ini. Tapi, difahamkan kontroversi terjadi pada kehadiran artis barat ini lain sikit.

Mereka ikut budaya kita, tapi artis kita pula terikut budaya mereka? 

Bestnya dpt jumpa idola. Starstruck abis

 

View this post on Instagram

 

Ramai la pulak dm video ni. Bestnya dpt jumpa idola. Starstruck abis ?

A post shared by makcik puaka™ (@makcik_puaka) on


Isu mula timbul apabila ada video pelakon Kila Fairy cium pipi dan peluk kumpulan itu. Menerusi perkongsian daripada Instagram makcik_puaka ini, ramai netizen kurang senang melihat kelakuan pelakon tersebut.

Netizen dakwa, seolah-olah situasi bual mesra tu macam terbalik sepatutnya Kila yang segan tapi dalam video tersebut mereka lihat seperti penyanyi barat itu yang awkward.

 

Diaorang tu pula yang nampak segan-segan – Netizen

Blue5 Blue4 Blue3 Blue2 Blue

 

Malaysia truly asia – Netizen

Bagi mereka Kila seolah-olah tak ada rasa malu dan tindakan itu tidak melambangkan budaya orang Malaysia yang penuh dengan adab, santun dan batas-batasnya.

Blue10 Blue6 Blue7 Blue8 Blue9

Bermacam-macam lagi kecaman yang diterima, rata-rata bengang kerana tindakan itu dianggap memalukan Melayu dan martabatnya sebagai wanita muslim.

 

Baca : Saya jarang pakai baju dedah tubuh”- Kilafairy Tak Suka Dilabel Sebagai Simbol Seks

Kilafairy