in

Malam Pertama Tak Boleh ‘Masuk’, Lelaki Pukul Isteri Sebab Lubang Miss V Pendek Sangat Tapi…

Collage 31

Macam yang ramai tahu, dekat negara seperti Pakistan mereka masih mempunyai stigma sosial tentang kesuburan dan mitos tentang jantina.

Macam kes seorang wanita yang baru berkahwin ini. Dia dipukul oleh suaminya kerana mempunyai faraj sepanjang 2cm saja hingga membuatkan dia tak boleh melakukan hubungan intim dengan suaminya.

Menurut Daily Mail, wanita berusia 20 tahun dari Pakistan ini hanya mengetahui tentang ‘masalahnya’ selepas dia cuba berhubungan seks dengan suami yang baru dikahwininya melalui perkahwinan yang diatur keluarga.

Nak dijadikan cerita, semasa mereka cuba untuk melakukan hubungan seks, suaminya tak boleh nak memasukkan zakar hingga membuatkan dia naik marah.

Lelaki ini telah memukul dan memaki wanita malang ini sebelum menghantar semula isterinya ke rumah keluarganya untuk dirawat.

Kalau korang nak tahu, sebelum wanita ni berkahwin dia tak pernah dapat period dan sering mengalami sakit di bahagian bawah perut sejak tiga tahun lalu.

Ibu wanita ini percaya yang anaknya itu hanya lambat untuk period dan meneruskan perancangan untuk mengahwinkan anaknya.

Unique Pakistani Wedding Photography And 15
Gambar hiasan

Selepas ‘dipulangkan’ oleh suaminya, wanita ini dibawa ke hospital untuk diperiksa dan doktor mendapati faraj wanita ini ‘buta’ dan hanya sepanjang 2cm sahaja.

Wanita ini didiagnos menghadapi septum vagina – satu keadaan apabila sistem kesuburan tak berkembang dengan penuh dan meninggalkan dinding pemisah pada tisu di dalam faraj.

Melalui pembedahan, doktor telah memotong tisu pada bahagian bawah faraj dan membuat satu acuan yang dibalut dengan kondom dan diletakkan di dalam vagina selama tujuh hari untuk merenggangkannya.

Apabila acuan tersebut dikeluarkan, ia diganti pula dengan acuan silikon sepanjang 8cm dan 4cm lebar dan dibiarkan selama tiga minggu.

Wanita ini perlu terus memakai acuan ini pada waktu malam pada bulan kedua dan empat kali sehari pada bulan ketiga.

Lepas itu barulah wanita ini dibenarkan untuk melakukan hubungan seks dan tujuh bulan selepas itu, wanita ini akhirnya berjaya mengandung.

Dia kini dah pun melahirkan seorang anak lelaki melalui kaedah pembedahan Czer.

“Pembedahan ini telah memberikan kehidupan baru  pada saya. Sebelum ini saya perlu menghadapi penderaan emosi oleh keluarga saya dan keluarga mertua.

“Orang memberitahu keluarga saya yang saya ni bukan wanita tapi khunsa dan saya tak boleh aktif secara seksual atau pun dapat anak.

“Saya memang hilang keyakinan diri dan tak boleh nak tengok muka orang lain sebab rasa bersalah.

“Rawatan ini telah menyebabkan saya dikurniakan perkahwinan yang bahagia dan bayi yang sihat.”

Alhamdulillahlah dia dah boleh dapat anak. Tapi kita nak ignore ke the fact that husband dia pukul dia?

 

Baca: Gara-gara Tidak Diberikan Wang Untuk Beli Dadah, Penagih Pukul Isteri Dan Anak di Pasar Tani

Screenshot 2019 06 21 At 3.37.22 Pm