in

“Makan balik ta*k tu” – Wanita Hilang Memori 10 Tahun Lepas ‘Teran’ Kuat Sangat Masa Sembelit

Woman Loses 10 Years Of Memories After She Pooped With Excessive Force World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak kena sembelit? Stress gila kan kalau kena? Perut rasa kembung je, kalau boleh memang nak usahalah keluarkan jugak isi kat dalam perut tu. Tapi, korang kena careful tau! Jangan jadi macam wanita dari Hong Kong ni.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki telah kongsikan bagaimana ibunya hilang memori selama 10 tahun selepas dia melepaskan hajat di rumah. Peh, power!

Kalau korang nak tahu, mak lelaki ni kena sembelit sejak dua minggu lepas dan dia memang rasa tak selesa. So, dia pergi toilet untuk lepaskan hajat besar dia dan dia ambil masa agak lama dalam tandas.

Woman Loses 10 Years Of Memories After She Pooped With Excessive Force World Of Buzz

Tapi, bila wanita ini keluar dari tandas, tiba-tiba dia dapat amnesia. Ahli keluarga wanita tersebut mendapati yang dia dah lupa semua yang berlaku 10 tahun lepas dan perkara ini berlanjutan hingga lapan jam sebelum dia pulih seperti sediakala. Aih nasib baik 8 jam je.

Ahli keluarga wanita ini yang risau dengan keadaannya telah menghantar dia ke hospital tapi bila doktor periksa, mereka tak menemui apa-apa yang pelik pun pada otak wanita tersebut.

Tambah pelik lagi, wanita tersebut tak ingat pun dengan amnesia yang berlaku dan punca kehilangan memori ini menjadi misteri sehinggalah seorang pakar sarag menerangkan yang ianya berpunya dari masalah sembelit yang dialami.

Pakar saraf mengatakan, amnesia ini berpunca dari kesan teran yang berlebihan semasa wanita ini cuba untuk mengeluarkan najis semasa sembelit.

Woman Loses 10 Years Of Memories After She Pooped With Excessive Force World Of Buzz 2

Akibat dari kesan teran yang terlalu kuat ia menyebabkan peningkatan pada perut dan tekanan intra-serebral yang menyukarkan oksigen untuk pergi ke otaknya hingga menyebabkan wanita ini alami hilang ingatan sementara waktu.

Doktor ini juga berkata, orang yang terlalu emosi atau selalu mengangkat objek berat mempunyai risiko untuk mengalami amnesia sementara. Dia menasihatkan sesiapa yang pernah mengalami masalah yang sama untuk sentiasa membuat pemeriksaan kerana mereka mempunyai 30% risiko untuk mendapat strok berbanding orang biasa.

Haa, korang memang rasa kelakar kan, tapi tak mustahil benda ni boleh jadi kat korang. So, banyak-banyak minum air tau!

 

Baca: “Heboh sebab kawan TAHI!” – Netizen Bongkar Punca Kisah Aliff Aziz & Nismell Terkantoi, Kes Kawan Tikam Belakang!

Screenshot 2019 05 27 At 4.31.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.