Baru-baru ini, tular satu video memperlihatkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai pelancong luar negara telah membuat onar di tempat awam sehingga mengganggu keharmonian pengunjung lain.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah lapangan terbang di negara ini. Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat sedang mendukung anaknya yang dipercayai telah membuang air besar ke dalam sebuah tong sampah.
Artikel berkaitan: Jijik! Warga Asing Selamba Buang Air Kecil Atas Eskalator, Undang Kecaman Netizen
Artikel berkaitan: “Terpaksa bersihkan setiap minggu” – Wanita Didakwa Kerap Buang Air Besar Depan Kedai
Menurut pemilik video, tindakan itu dianggap agak keterlaluan dan lebih teruk lagi, tandas awam difahamkan berada di kawasan berhampiran tempat lelaki itu melakukan tindakan sedemikian.
Bahkan, pemilik video turut mendakwa bahawa ibu kepada kanak-kanak tersebut dengan selamba pergi membasuh tangan di tandas selepas melakukan tindakan sedimikian.
“Ke manakah adab manusia ini? Padahal tandas dekat je pun untuk bawa anak membuang besar. Boleh suka-buka biarkan anak buang najis yang busuk di tong sampah ini.”
“Patut kena tindakan khidmat masyarakat ke macam ni? Kesian cleaner nak bersihkan tong sampah dan kesian penumpang dengan bau busuk ini? Padahal lepas tu mak dia boleh je basuh tangan kat toilet? Tolonglah beradab sikit di tempat awam. Pengotor!”
Insiden ini sekaligus membuatkan ramai netizen mempersoalkan tindakan ibunya yang tidak membawa anak ke tandas tersebut untuk membuang air besar. Perbuatan jijik itu juga sekaligus telah mengundang kemarahan orang ramai.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendedahkan tindakan buruk lain yang pelancong lakukan di kawasan lapangan terbang itu.

Sumber : Threads
