Kematian Akibat Keracunan Makanan Di Istanbul, 2 Lagi Pelancong Dimasukkan Ke Hospital

Jadikan sumber pilihan di Google
Keracunan Makanan

Dua lagi pelancong dimasukkan ke hospital di Istanbul selepas menunjukkan gejala keracunan makanan, susulan insiden yang meragut nyawa seorang wanita Jerman dan dua anaknya awal minggu ini.

Mangsa terbaharu dilaporkan menginap di hotel yang sama di daerah Fatih, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai sumber makanan yang menjadi punca kejadian.


Screenshot 2025 11 16 At 1.15.12 Pm

Menurut laporan media Turkiye, pelancong yang jatuh sakit itu berasal dari Itali dan Maghribi.

Sementara itu, bapa kepada keluarga Jerman yang terlibat masih dirawat di unit rawatan rapi, manakala jenazah isterinya serta dua anak mereka dijadualkan dikebumikan di Afyonkarahisar, wilayah asal keluarga tersebut.

Artikel berkaitan: Ratusan Pelajar & Guru Keracunan Di Indonesia Selepas Makan Makanan Percuma Kerajaan

Artikel berkaitan: Murid Darjah 4 Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan Di Sandakan

Screenshot 2025 11 16 At 1.13.41 Pm

Pihak berkuasa setakat ini mengesyaki keracunan makanan sebagai punca kematian, namun keputusan ujian makmal masih belum diperoleh. Laporan bedah siasat awal juga tidak memberikan maklumat tepat mengenai bahan yang menyebabkan keracunan, menyebabkan siasatan diteruskan secara menyeluruh.

Empat individu telah ditahan pada Jumaat bagi membantu siasatan. Mereka terdiri daripada penjual makanan yang dipercayai menjual kupang manis berinti serta hidangan usus anak lembu yang popular di Turkiye. Polis sedang meneliti sama ada makanan tersebut menjadi punca utama keracunan.

Screenshot 2025 11 16 At 1.15.04 Pm
Gambar Hiasan

Kesemua suspek disiasat atas tuduhan menyebabkan kematian akibat kecuaian dan difahamkan mempunyai rekod kesalahan lampau. Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan bagi memastikan keselamatan makanan di kawasan pelancongan serta mengelakkan insiden serupa berulang.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kematian Akibat Keracunan Makanan Di Istanbul, 2 Lagi Pelancong Dimasukkan Ke Hospital
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kematian-akibat-keracunan-makanan-di-istanbul-2-lagi-pelancong-dimasukkan-ke-hospital/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen