“Mak pakcik nazak awak tak benarkan, kali ni mak pakcik meninggal pun tak benarkan!”- Lelaki Kecewa Permohonan Rentas Negeri Dipertikai Polis

Umum sedia maklum sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan. Namun pihak polis sebelum ini telah menyatakan ia hanya akan dipertimbangkan untuk tiga jenis situasi sahaja.
Walau bagaimanapun, bukti yang kukuh juga harus disertakan bagi mendapatkan pengesahan daripada balai polis yang berkenaan.
“Mak pakcik tenat takkan nak buat main”
Namun, baru-baru ini viral di media sosial cerita daripada seorang wanita dikenali sebagai Puan Liza Idris tentang seorang pakcik tua memohon kebenaran rentas negeri kerana ibunya yang tenat di kampung.
Walaupun dia telah merayu permohonannya diluluskan, tetapi polis wanita yang bertugas di sana tetap tidak mahu mengesahkan kerana baginya pakcik itu tidak ada bukti yang kukuh.
Selepas beberapa ketika, pakcik tersebut terus menghubungi saudara terdekat dan meminta video beserta gambar sebagai bukti.
Lalu pakcik tersebut menunjukkan video dan gambar tersebut kepada polis berkenaan dan barulah dia mendapat kelulusan.

“Pakcik waris nak pergi tuntut jenazah!”
Selang 2 hari kemudian, pakcik tua tersebut datang kembali ke balai polis berkenaan untuk sekali lagi memohon kebenaran rentas negeri.
Namun kali ini, kejadian sayu menimpa pakcik tersebut apabila ibunya telah kembali ke rahmatullah. Tetapi permohonannya kali ini turut dilihat sukar mendapat kelulusan daripada polis tersebut.
Sampai ke satu tahap, pakcik dan polis bertugas bertengkar di balai kerana ketidak puasan hati pakcik itu terhadap kenyataan polis berkenaan.


“Pakcik itu ayah saya”
Di hujung perkongsiannya, Puan Liza memberitahu sebenarnya pakcik tua yang diceritakan itu ialah ayahnya sendiri.
Namun dia tidak menyalahkan pihak polis berkenaan sepenuhnya kerana memahami mereka hanya menjalankan tugas yang ditetapkan.
Akhir sekali, dia menyatakan bahawa kisahnya ini dapat dijadikan oleh masyarakat yang melihat.

Sumber : Facebook
Baca : “Kebenaran rentas negeri akan diperketat, dipertimbang hanya untuk 3 situasi” – Timb. KPN




