in

“Kebenaran rentas negeri akan diperketat, dipertimbang hanya untuk 3 situasi” – Timb. KPN

Fi Rentas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa, kebenaran merentas negeri untuk orang ramai akan diperketatkan.


Hal ini berlaku, susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini yang dianggap tidak stabil.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, situasi tersebut memerlukan Bukit Aman mengeluarkan arahan terbaharu yang berkuat kuasa sejak semalam.

Rentas 1

“Permohonan yang dipertimbangkan bergantung kepada alasan munasabah yang dikemukakan oleh pemohon dan akan diteliti dengan lebih ketat.

“Setakat ini, permohonan yang dipertimbangkan tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat namun perlu dokumen sokongan, kematian serta pasangan suami isteri yang berjauhan,” katanya kepada Berita Harian.

Tambahnya lagi, arahan tersebut telah dimaklumkan kepada semua ketua-ketua polis negeri.

Selain itu, tindakan ini diambil kerana ketidakpuasan hati orang ramai terhadap segelintir pihak yang menyalahgunakan kebenaran rentas negeri ini.

Walau bagaimanapun viral di media sosial, gambar notis yang dipercayai dikeluarkan oleh pihak Balai Polis Bandar Presint 7, Putrajaya dan dicop serta tandatangan Ketua Polis Balai, Asisten Superintendan Azman Johari Rakhibi.

Rentas 2

Menerusi notis itu, permohonan kebenaran rentas negeri diperketatkan dan tertakluk kepada tiga situasi sahaja serta tidak menunjukkan kebenaran bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri.

Ketetapan tersebut dikatakan datang daripada Ketua Polis Negara dan berkuat kuasa semalam.

Dalam pada itu, semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan supaya kebenaran rentas negeri ditangguhkan kerana bimbang berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19.

 

Baca : [TERKINI] KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Balik Raya Ditangguh – Adham Baba

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.