in

“Lebih banyak daripada sebelum Hari Raya” – Makin Banyak Kereta Keluar Kelantan Ikut Jalan Dalam Gua Musang-Kuala Lipis

Ft Rentaskelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, jumlah kenderaan yang merentas negeri keluar dari Kelantan untuk ke Kuala Lumpur melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dilaporkan makin meningkat.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, berdasarkan pemantauan peningkatan itu dianggarkan sebanyak 25 hinggga 30 peratus berbanding hanya 5 peratus sebelum Hari Raya Aidilfitri di laluan sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanah Putih, Gua Musang.

Kelantan3

Menurut Kosmo!, pemeriksaan di SJR bagaimanapun mendapati pengguna jalan raya mempunyai surat kebenaran rentas negeri yang sah dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Kita sentiasa meningkatkan kawalan dan pemeriksaan lebih ketat ke atas kenderaan yang ingin melalui jalan itu.”

Bagaimanapun, pemeriksaan permit kebenaran rentas negeri yang dikemukakan pengguna jalan raya adalah sah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.”

Kelantan1

Kata Choon Foo, polis tidak menolak kemungkinan perantau mengambil kesempatan pulang lebih awal lagi untuk menyambut perayaan bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.

Mereka memilih masa selepas Syawal kelima untuk pulang ke Kuala Lumpur sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kenderaan seperti yang dilaporkan. Katanya, bagi laluan utama di Jalan Gua Musang-Cameron Highlands, bilangan kenderaan tidak banyak berubah dan trafik terkawal seperti biasa.

Baca: 2 Warga Asing Cuba ‘Kencing’ Polis Tunjuk Surat Rentas Negeri Photostat, Dibeli Harga RM200

Ft Borangpalsu

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.