in

Highway Karak Menghala Gombak ‘Jam Teruk’ Tapi Polis Kata Hanya 22 Sahaja Tak Ada Kebenaran Rentas Negeri?

183867444 4261099633944322 8800429315205885293 N 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam dan kelmarin tular di media sosial jalan raya di sepanjang lebuhraya Karak-Kuala Lumpur berhampiran plaza tol Gombak dilihat sesak. Malah, sehingga jam 10.10 pagi tadi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA) melaporkan kesesakan sepanjang 600-meter di kawasan yang sama.


Oleh kerana ini, ramai netizen mempersoalkan kesesakan ini selepas kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia serta melarang aktiviti rentas negeri.

183867444 4261099633944322 8800429315205885293 N

NST melaporkan, pihak polis mengatakan kebanyakan pengguna lebuh raya yang menyebabkan kesesakan tersebut mempunyai kebenaran merentas negeri yang sah.

Ketua polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan perkara ini berdasarkan semakannya yang dijalankan dari jam 5 petang Ahad lalu sehingga jam 1 pagi semalam di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Gombak.

Hasil pemeriksaan mendapati, kebanyakan dari mereka mempunyai permit untuk merentas negeri yang sah dan majoriti dari mereka mempunyai urusan seperti pulang ke universiti atau tempat belajar yang lain.

“Pihaknya turut isukan sebanyak 22 kompaun terhadap orang yang tak mempunyai permit merentas negeri yang sah dan setiap dari mereka diberikan kompaun berjumlah RM5,000.”

Tambahnya lagi, kesesakan ini tak terlalu teruk jika nak dibandingkan dengan kesesakan jalan raya pada hari perayaan sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

 

Baca: “Frontliner jalan tugas ikut arahan” – Tersekat 3 Jam di Tol Sg Besi, Pengguna Jalan Raya ‘Bertekak’ Dengan Polis?

Screenshot 2021 05 18 At 2.46.57 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.