in

“Mak minta maaf. Mak terpaksa…” – Wanita Tinggal Anak Untuk Pergi Kerja Lepas Kena Tinggal Suami

Tinggal Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Mak minta maaf. Mak terpaksa tinggalkan anak di kedai dobi sebab mak tak mampu bayar pengasuh…”


Mungkin ramai di antara korang especially kaum ibu akan rasa marah tapi bagi Julia Isnin, 41, dia takde pilihan selain tinggalkan babynya berusia 4 bulan dekat kedai dobi di Larkin Perdana, Johor Bahru. Lebih menyedihkan, perkara tu dah berlaku since 2 months ago.

Mengikut petikan laporan Berita Harian, keluarga Julia terpaksa hidup merempat dari Ogos last year disebabkan suami dia menghilangkan diri. Tak lama lepas tu, rumah yang mereka duduk di Taman Chempaka pulak disita menyebabkan Julia dengan anak-anak terpaksa tidur merata and biasanya mereka akan tidur dekat masjid.

Anak Dobi
sumber: berita harian

Dek kerana kesempitan hidup…

Julia terpaksa tinggalkan tiga anak dia, Mohd Iskandar, 4 bulan, diawasi oleh anak perempuannya, Nor Farahin Shahri, 11, and anak kembarnya, Mohd Azhar dan Mohd Azhari, 13.

Senang kata, kedai dobi tu memang rumah kedua bagi keluarga ini. Rutin Julia setiap hari sama saja. Pukul 8 pagi dari Isnin sampai Sabtu, dia akan bawa anak-anak pergi kedai dobi before ke tempat kerja yang terletak lebih kurang 100 meter dari situ.

“Saya akan letak Iskandar di meja itu dan Alhamdulillah, Iskandar memang baik tak meragam, diam saja. Dia macam tahu mak dia susah. Kalau menangis pun biasalah nak susu tetapi kakak dia boleh buatkan. Cuma kadang-kadang kalau tak abang, kakak dia akan cari saya apabila Is menangis.”

Anak 2 1
sumber: berita harian
Anak 1 1
sumber: berita harian

Hati ibu mana tidak resah bila tinggalkan anak-anak tanpa pengawasan orang dewasa kan? Macam tu jugaklah apa yang Julia rasa. Kadang kala terdetik hati risaukan keadaan mereka terutama si kecil yang belum menjangkau usia 1 tahun pun.

Nak buat macam mana, kalau saya tak bekerja, susu makan anak semua saya tak dapat beli.”

Julia akan ulang alik dari tempat dia kerja ke kedai dobi untuk pastikan keselamatan anak-anak dia. Suami dia yang melarikan diri tu, dulu bekerja as pemandu lori and sampai sekarang tak dapat jumpa. Tak guna betul suami dia ni!

Anak 3 1
sumber: berita harian

Demi sesuap nasi dan susu buat anak-anak…

Julia terpaksa kerja masa tengah pantang dulu even dia sedar benda tu membahayakan kesihatan dia.

“Bayangkan dalam pantang pun saya bekerja. Sapu sampah, pergi kedai makan untuk ambil upah cuci pinggan, nak cari duit bagi anak-anak makan. Pernah kami tiada duit dan minta dekat orang tetapi kena marah.”

Difahamkan, Presiden Muafakat Pendidikan Johor (MPJ), Ridhwan Othman bagitahu yang pihak dia akan bantu anak kembar Julia untuk continue bersekolah dan akan ke lokasi keluarga ni tinggal untuk decide bantuan apa yang layak mereka terima.

“”Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru bagi memastikan anak muda pewaris bangsa tidak terabai dalam pelajaran. Mungkin kami akan dapatkan bantuan makanan percuma kepada mereka dan pengecualian yuran sekolah.”

Admin sakit hati betul baca cerita pasal orang tinggalkan pasangan jadi susah macam ni…

Baca: Gambar Ibu Tunggal Ini Menangis Tak Mampu Bayar Bil Hospital Anak Akan Buat Korang Sebak

Sedih 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.