in

Gambar Ibu Tunggal Ini Menangis Tak Mampu Bayar Bil Hospital Anak Akan Buat Korang Sebak

Sedih 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mana tak sayang anak? Ibu bapa kita sanggup korbankan semua benda dan apa-apa saja demi anak-anak. Bayangkanlah betapa pedihnya perasaan seorang ibu tu bila tak dapat nak selamatkan anak sendiri, hanya sebab tak cukup duit.


Itulah yang jadi kat seorang ibu dan anak di Shanghai, China ni. Menurut Nextshark, kes ni tular kat laman sosial bila gambar seorang ibu duk menangis dengan penuh perasaan kerana tak mampu nak bayar bil hospital anaknya. Memang sebak bila tengok gambar-gambar ni dan boleh mengalir air mata!

W2 2
sumber: nextshark
02 11 E1522164235495
sumber: nextshark

Yinzhen, seorang ibu tunggal umur 45 tahun dan anak lelakinya, Zhenghan yang baru umur tiga tahun, dilihat kat luar Hospital Kanak-kanak Shanghai.

Zhenghan ada congenital hydrocephalus, sejenis penyakit cecair berlebihan dalam otak dan kena masuk hospital sebab infection. Yinzhen yang dulu kerja kilang telah hilang kerja lepas lahirkan Zhenghan dan sekarang bergantung hidup dengan keluarga Yinzhen.

07 7 E1522164634215
sumber: nextshark

Tapi kos rawatan anaknya ni makin lama makin banyak sampai keluarga Yinzhen dah terbeban dengan hutang hampir RM200,000 untuk pembedahan dan rawatan. Diorang masih perlukan lebih kurang RM60,000 untuk kos rawatan lanjut anak dia, tapi ahli keluarga dah kehabisan duit nak bayar.

Bila dah tak ada duit untuk bayar bil hospital, diorang dah tak ada pilihan lain selain terpaksa keluar daripada hospital tu. Sedihnya!

03 10 E1522164330249
sumber: nextshark

Disebabkan tak dapat nak selamatkan nyawa anaknya, Yinzhen menangis teresak-esak depan hospital diselubungi rasa bersalah. Tapi nasib baik lah lepas gambar Yinzhen tular, ramai berikan sokongan kat dia dan ada satu persatuan Xiaoxingxin Foundation ni sudi tolong.

Diorang tolong anak beranak ni bayar pembiayaan rawatan Zhenghan supaya dapat jalani satu lagi pembedahan. Keadaan Zhenghan kini dah semakin elok dan mak dia pun happy je tengok anak dia dah semakin sihat.

08 7 E1522164684494
sumber: nextshark
09 5 E1522164798787
sumber: nextshark

Kejadian yang jadi kat depan Hospital Kanak-kanak Shanghai tu membuatkan ramai orang terfikir pasal realiti sebenar penjagaan kesihatan di China. Rupa-rupanya sama dengan kat Malaysia jugak yang perlukan duit banyak untuk bayar kos rawatan di hospital.

“Sedihnya. Bayanglah tak boleh nak selamatkan orang yang kita sayang, bukan anak je, tapi ibu bapa, suami isteri ke, hanya semata-mata sebab duit. Semua orang layak hidup, tak kisahlah orang tu miskin ke kaya,” kata seorang netizen.

Betul juga! Mujurlah masih ada orang berhati mulia. Semoga adik ni cepat-cepat sembuh sepenuhnya.

Baca: Demi Anak… Sebak Baca Kisah Mengapa Pasangan Ini Buat Persembahan Makan Rumput

Dahda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.