“Mak ayah tak tahu pun ‘projek’ apa anak dia buat”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Baru je ada lelaki marah-marah kat laman sosial menasihatkan ibu bapa supaya didik anak elok-elok untuk jaga adab masa pergi beraya rumah orang lain, ni ada lagi kisah pasal budak-budak datang beraya.

Bila ziarah ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan time musim perayaan, ibu bapa kadang-kadang terlepas pandang ke mana anak-anak pergi, ataupun apa anak-anak buat ketika dorang rancak bersembang.

Selalunya banyak kes pasal barang-barang tuan rumah rosak dan pecah. Tapi kali sampai ada haiwan peliharaan kesayangan tuan rumah mati! Menurut perkongsian seorang wanita bernama Nadia Busari di Facebook, anak-anak kucing miliknya mati direndam dalam air oleh sekumpulan budak yang datang beraya.  WHAT?!

Sumber: Blog
Sumber: Blog

Menurut Nadia, kucing-kucing tu semua sebenarnya elok je duduk dalam sangkar. Tapi lepas tu dilepaskan oleh budak-budak tadi. Dalam orang lain sibuk duk beraya, tiba-tiba seorang budak ni dengan adik dia datang kat ibu dorang dan cakap kucing duk main air. Kakak Nadia dengar apa yang budak tu cakap tapi dia ingatkan budak tu bagi air dekat kucing.

Lepas semua orang yang datang beraya tu balik, kakak-kakak Nadia tiba-tiba tercari-cari kucing dorang tu tapi tak jumpa-jumpa. Last-last jumpa dalam satu tong besar berisi air, semua anak kucing dah mati. Sedihnya!

Sumber: Blog

Nadia beritahu kat Facebook yang niat dia share ni untuk mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa perhatikan anak-anak dorang tak kira ke mana mereka pergi supaya tak jadi benda tak diingini macam ni.

“Untuk pengetahuan semua mak ayah budak ni tak pun apa ‘projek’ yang anak dia buat kat anak kucing saya. Dan kitorang tak bagi tahu pun. Mak bapak budak ni baik.”

“Tapi mungkin silap dorang tak jaga anak masa ada kat rumah saya. Saya terima takdir anak kucing saya mati walaupun sedih.”

Sumber: Blog

Kesiannyaaa semua anak-anak kucing tu mati. Mohon ibu bapa tolong jangan leka tengok anak kalau bawa anak ke mana-mana ye.

NOTA: Gambar di atas sekadar hiasan. 

Baca: Kejam! 17 Ekor Kucing Peliharaan Lelaki Ini Mati Diracun Individu Tak Berhati Perut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.