“Anak yang bodoh lahir daripada mak bapak yang bodoh!”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam musim raya ni mesti ramai kawan-kawan kita buat open house kan? Kalau bawak anak bersama, please make sure korang kawal mereka. Bukan apa, takut jadi macam ni pulak.

Seorang lelaki dah melepaskan kemarahannya di Facebook serta menasihatkan ibu bapa supaya mendidik anak untuk menjaga adab mereka bila di rumah orang lain.

Mana taknya, menurut lelaki ini seorang rakannya yang merupakan Hotwheels collector mengadu sebab budak kecil yang datang bertandang ke rumahnya dah mengoyakkan empat buah kereta Hotwheels miliknya.

Sumber: Facebook

Menurut lelaki tersebut, individu berkenaan telah menyimpan koleksi keretanya di dalam laci yang berkunci, namun ini yang terjadi. Ish sampai macam tu sekali…

Sumber: Facebook.

“Ingat, anak-anak yang bodoh, lahir daripada mak bapak yang bodoh, tak reti nak didik anak-anak.”

Bukan tu je, dia juga beritahu kini masih lagi ada kes anak-anak yang menangis di rumah collector kerana inginkan mainan tersebut dan ibu bapa pula tanpa segan silu mengambil serta memberikan kepada anak mereka.

“Tak tahu malu ke? Tu barang orang lain tu. Nilai barang-barang collector ni ada murah, ada mahal. Memang la kau boleh cakap “alah mainan je pun”. Kau pernah beli mainan seketul sampai harga 200-500?”

Sebab tu lah, penting untuk ibu bapa menjaga adab anak mereka terutamanya ketika menziarahi rumah orang lain. Jangan biar anak tunjuk perangai or tak behave tak tentu pasal…

Sumber: Facebook

“Besar nanti jadi perompak. Bila jadi macam ni, orang anggap kau tak pandai didik anak, tapi pandai buat anak saje. Faham?”

Ramai yang bersetuju dengan lelaki ini dan menceritakan pengalaman mereka sendiri.

Sumber: Facebook

Betullah juga apa yang dikatakan oleh lelaki ini. Ibu bapa perlulah didik anak supaya menjaga adab mereka. Hal macam ni perlulah diajar dari kecil bukannya tunggu bila dah besar.

Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Baca: “Bagi RM3 je, dengan budak pun berkira”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.