in

Majikan Yang Tak Buat Swab Test Kepada Pekerja Asing Boleh Dikenakan Kena Denda – Ismail Sabri

Ismailsabri2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana majikan yang gagal patuh arahan untuk  mewajibkan pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti bermula 1 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi sidang media harian tadi, arahan tersebut akan dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).


“Bermula 1 Disember lalu, kerajaan telah mengarahkan semua pekerja warga asing yang bekerja di semua sektor termasuk pembinaan, perkilangan, komersial untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dan kos ujian saringan perlu ditanggung oleh majikan syarikat berkenaan.”

Ia berikutan dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengesahkan seramai 49,248 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 1,990 majikan.

Namun begitu, masih terdapat segelintir majikan yang enggan memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan tersebut.

“Sehubungan itu, sidang khas semalam bersetuju untuk menguatkuasakan arahan ini bermula 1 Januari 2021 dan majikan yang gagal mematuhi arahan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang serta penalti.”

Tambahnya, majikan wajib menanggung kos kuarantin dan rawatan bagi pekerja warga asing yang positif Covid-19 yang dipindahkan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), lapor Kosmo!

Malah, kerajaan juga sedang mempergiatkan lagi usaha pemeriksaan terhadap kediaman pekerja warga asing di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446) dan sehingga kini sebanyak 12 syarikat serta 27 pertuduhan telah dikenakan ke atas majikan yang ingkar.

 

Baca : Boleh Buat ‘Exhibition’ Tapi Pengunjung Perlu Terhad Kurang 50% Daripada Jumlah Asal – Ismail Sabri

Ismailsabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.