in

“Mahal betul harga sampah” – Pakcik Ni Selamba Jual Ubat Bernilai RM35,000 Di Pasar Malam, Konon Boleh Sembuh Penyakit Kronik

Meheiiiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dunia sudah semakin maju dan teknologi dari segi kesihatan kian membangun, ubat kepada penyakit kronik seperti kanser dan HIV masih belum dijumpai.


Tapi cuba bayangkan kalau tiba-tiba di sebuah pasar kat Sabah, ada seorang pakcik ni claim kononnya dia ada ubat kepada penyakit-penyakit tersebut. Tapi yang buat korang musykil ialah harga ubatnya… ya robbi mahal mencekik darah! 

 

“Katanya sudah ramai mencuba, pulih daripada penyakit yang dideritai” 

Menerusi perkongsian Facebook ORANG KITA Sabah Sarawak, seorang pakcik dilihat aktif menjual ubat-ubatan bagi penyakit kronik macam HIV, kerosakan buah pinggang, ubat demam denggi dan lain-lain di pasar dekat Kota Marudu, Sabah. 

Harga ubatan ni boleh mencecah sehingga RM35,000 dan paling cikai pun admin tengok harga dia ribu-ribu ringgit. Uish mujarab ke ubat ni?? 

Tekejut hantu melihat harga ubat dijual di tamu minggu Kota Marudu. Tanya penjual nya ada ke ubat ini mujarab sebab sgt…

Posted by ORANG KITA sabah sarawak -OKss on Friday, July 5, 2019

 

“Mahal betul harga sampah” 

Tidak tahu kebenaran dan keberkesanan di sebalik ubat-ubat tersebut, posting ini juga telah mendapat perhatian Dr Rafidah Abdullah di laman Twitter peribadinya.

Dr Rafidah tidak menjelaskan panjang lebar dan dengan simple sekali melabelkan ubat-ubatan ni sebagai SAMPAH. Jelas lagi nyata ubat ini pastinya tak dapat lulusan KKM dan melalui pelbagai ujian di makmal kan?

 

“Ingatkan yang menjual tu pun sihat tegap badan. Padahal si penjual tu pun kencing manis darah tinggi” 

Bila keluar isu viral macam ni, admin paling takut kalau ada di kalangan netizen yang mudah terpedaya dan pergi membeli ubat-ubat yang belum dijamin selamat untuk tubuh badan kita ni.

Tapi mujurlah dalam komen posting, rata-rata netizen tak mudah percaya dengan penjual sebegini yang mengaut keuntungan untuk kepentingan diri sendiri. Bahaya oi kalau cuba je ubat tak tentu pasal. 

Sakit 1
sumber: facebook

 

“Semua hospital, klinik boleh tutup sudah. Doktor-doktor, saintis-saintis please bersara…” 

Jangan
sumber: facebook

Pesan admin mudah je, korang janganlah cepat terpedaya dengan ubat-ubat jenis macam ni. Sudahlah jual tepi jalan je, dengan tak ada kelulusannya. Badan ni nak pakai lama. Kalau rasa ragu-ragu baik pergi jumpa doktor. 

Baca: Percaya Sangat Ubat Jual Dari IG, Dari Kurus Kering Terus Badan Bengkak

Ub

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.