in

“Mahadi tiada lesen” – Suruhanjaya Sekuriti Jawab Isu Nama Suami Heliza Helmi Dalam Senarai Amaran

Sc 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 27 Februari lepas, kecoh di media sosial mengenai usahawan, Mahadi Badrul Zaman yang tersenarai dalam amaran pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).


Susulan itu, suami kepada Heliza Helmi itu menafikan bahawa syarikatnya membuat kesalahan dan penipuan malah dia mahu mendapatkan penjelasan daripada SC. Pun begitu, pihak SC telah memberi kenyataan mengenai Mahadi dan syarikatnya, AUF MBZ Consortium Plt.

Sc 2

Syarikat tiada lesen

Syarikat berkenaan menjalankan aktiviti dalam keadaan terkawal dan turut mempromosi saham syarikat awam tidak tersenarai (unlisted public company atau UPC) namun tidak memegang lesen daripada sSC.

Oleh demikian, nama dan syarikat berkenaan telah dimasukkan dalam Senarai Peringatan Pelabur. Melalui senarai ini, pihak awam boleh mengenal pasti sama ada individu dan/atau entiti berlesen atau berdaftar untuk menawarkan, mempromosikan, atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.

Terima aduan orang ramai

Kenyataan yang dikongsi oleh SC bersama mStar turut menjelaskan pihaknya ada telah menerima bermacam-macam pertanyaan dan aduan daripada orang awam mengenai aktiviti yang dijalankan oleh syarikat berkenaan.

Artikel berkaitan: “Saya tak buat perkara haram” – Suami Heliza Helmi Nafi Syarikat Buat Salah, Terkejut Dengan Dakwaan Tular

Artikel berkaitan: Suami Heliza Helmi Tersenarai Dalam Investor List Alert Oleh SCM, Didakwa Lakukan Aktiviti ‘Scam’?

SC mengambil serius semua aduan yang dikemukan dan kekal komited dalam melaksanakan kuasa berkanunnya termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan, sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang sekuriti dalam menegakkan integriti pasaran modal termasuk menjaga kepentingan pelabur.

Pihak SC juga meminta orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan di laman web Suruhanjaya Sekuriti bagi mengesahkan mana-mana individu atau syarikat yang diberi kebenaran oleh SC untuk menawarkan, mempromosikan atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.