in

“Macam ulat” – Doktor Jumpa Beratus-ratus Jarum Susuk Dalam Badan Wanita Berusia 55 Tahun Tapi…

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sekarang ni dah ada pelbagai produk dan rawatan kecantikan di pasaran untuk mengekalkan kejelitaan. Namun bagi segelintir, dorang masih lagi percaya dengan cara tradisional.


Baru-baru ni, seorang doktor dari Jakarta terperanjat melihat imbasan x-ray salah seorang pesakitnya. Menurut Detik, doktor bernama Tasqia Syabira telah menemui ratusan atau mungkin ribuan jarum susuk di dalam badan pesakitnya yang berusia 55 tahun!

Korang tengok je lah gambar x-ray dekat bawah ni. Jarum susuk dekat dalam badan wanita ni nampak macam ulat tengah berenang. Memang banyak betul!

F9B9Ff94 2E46 443A A391 A94Fd3926E8F

Dalam perkongsian doktor ini, dia sempat memberitahu yang biasanya jarum susuk memang boleh dilihat dari imbasan x-ray kerana biasanya jarum ini diperbuat dari emas atau tembaga.

Pun begitu, semasa doktor menjalankan pembedahan, susuk di dalam badan pesakit ini tak dapat dilihat. Kiranya dari pandangan mata kasar memang tak nampaklah.

72Cd0301 D746 4F5E A2E3 870Da01188A9

Susuk ini jarang menyebabkan komplikasi jadi biasanya pas di X-ray tuh kek gak sengaja ketemu. Di X-ray ada, tapi kalo dibedah ga ada gituuuu.”

Tambah Tasqia lagi, susuk ini mungkin boleh jadi bahaya kalau kena jangkitan tapi susah nak rawat sebab jarumnya tak boleh nak nampak depan-depan.

Pelik jugak banyak-banyak jarum ni satu pun tak boleh nak nampak bila bedah…

 

Baca: “Jarum tu perantara je, tapi…” – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pakai ‘Susuk’ Ada Pantang Larangnya
Screenshot 2020 09 21 At 2.44.27 Pm</a

Sumber: Detik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.