in

“Jarum tu perantara je, tapi…” – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pakai ‘Susuk’ Ada Pantang Larangnya

Feature Image Tutorial Pakai Susuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ni ada artikel pasal wanita yang pergi berubat untuk buang susuknya, tapi kalini admin nak cerita pasal susuk juga, tapi lain sikit.


Terbaru seorang wanita telah berkongsi mengenai pengalaman memakai susuk di laman Twitter miliknya.

https://twitter.com/KupuKupuKelam/status/1186129797551804416?s=20

Menurut dia, susuk terbahagi kepada dua iaitu susuk yang diselangi dengan memuji bunian dan susuk yang menyalahgunakan ayat suci Al quran.

Tambahnya lagi jarum yang ditanam di bahagian anggota badan pengguna hanyalah medium atau perantara sahaja. Jika si pengguna melanggar pantang larang, jin yang berdamping itu akan hilang.

“Yes susah mati sebab syirik dan mempersekutukan Tuhan”

Dia turut mengakui bahawa memakai susuk boleh menyebabkan sukar untuk meninggal dunia kerana sudah terang lagi bersuluh susuk tu memang syirik dan mempersekutukan Allah.

Tambahnya lagi dia ada bercerita mengenai susuk yang lebih extreme iaitu susuk dari siam.

Menurutnya, susuk dari siam dianggap lebih berbahaya adalah kerana menggunakan bahan-bahan kotor dan si pemakai perlu memuja jin pada tempoh waktu tertentu.

Susuk dari siam tidak mempunyai pantang larang, namun pemakai perlu terus memuja syaitan & jin yang menjadi pendamping mereka.

Kalau hati kering dan berkiblatkan dunia memang susuk siam lah jadi pilihan”

Keberkesanan susuk dari siam adalah lebih pantas berbanding susuk dari tanah seberang kerana sifat susuk itu yang tidak mempunyai banyak pantang larang.

Haaa itu cerita tentang jenis susuk kan? Sekarang min nak cerita pasal pantang larang bila pakai susuk pulak.

Pantang larang bila pakai susuk

Menurut @KupuKupuKelam, susuk dari tanah seberang mempunyai beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi jika mahu ia memberikan kesan yang segera.

Pertama, si pemakai tidak boleh memakan pisang tanduk disebabkan ia mempunyai kaitan dengan lopak kerbau untuk membuangnya kerana bentuk pisang itu sendiri.

Kedua, labu air kerana sifatnya yg sejuk.

Ketiga, sate sebab makanan itu berlidi, lidi dikaitkan dengan jarum. Isi sate dikaitkan dengan daging kita. Makan sate secara tidak langsung memisahkan lidi dengan sate yang mengumpamakan jarum terpisah dari isi kulit kita.

Keempat, lalu dibawah ampaian besi, untuk yang bertali tiada masalah. Boleh lalu tapi jangan menunduk kerana menunduk mengumpamakan kita tidak lagi setia pada khadam. Khadam tersebut sepatutnya tunduk dengan si pemakai.

Tambahnya lagi, kebiasaanya susuk yang ditanam ditubuh badan si pemakai adalah menggunakan jarum. Kenapa jarum?

Menurutnya, jarum cuma medium yang digunakan sahaja, terdapat bnyak lagi medium lain seperti serbuk emas, perak, dan mutiara. Namun bahan-bahan ini merupakan bahan yang paling susah untuk dibuang. Disebabkan itu, jarum lah yang sentiasa dijadikan medium untuk si pemakai susuk.

Dia turut menjelaskan  bahawa unsur serbuk itu sendiri yang seperti debu dan jika bertebaran didalam badan memang susah untuk dicari apatah lagi dikeluarkan.

Namun dia turut menasihatkan kepada sesiapa yang pernah terjebak dengan memakai susuk supaya tidak malu untuk bertaubat kerana dia percaya bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Bagi admin, susuk ni memang perkara khurafat dan terkutuk. Semoga kita dijauhkan dari mendekatkan diri dengan benda ini.

 

Baca: “First time tengok, macam paku kecil rupanya” – Lelaki Ini Kongsi Video Proses Membuang Susuk

Feature Image Susuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.