in

“Macam tahu je” – Ashraf Sinclair Sempat Cakap Dengan Ustaz, ‘Bila Meninggal Nak Jumpa Rasulullah’

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, Ashraf Sinclair telah pulang ke rahmatullah pada hari Selasu lalu akibat serangan jantung.


Pemergian pelakon ini mengejutkan orang ramai termasuk keluarga terdekat kerana sebelum ini, dia tak mempunyai apa-apa penyakit dan sering mengamalkan gaya hidup sihat.

Dikatakan, sebelum meninggal dunia, Ashraf dikatakan sempat berbincang mengenai kematian bersama Ketua Yayasan Panti Asuhan Yatim Daarul Rahman, Ustaz Ahmad Saiful Habib.

Ashraf Sinclair Minta Peminat Berhenti Hantar Nasihat Rotikaya

Menurut Sosok, rumah anak yatim yang mempunyai 78 penghuni ini sering dilawati oleh Ashraf Sinclair sejak empat tahun lepas.

Namun, pada suatu hari, Ashraf pernah katakan pada Ustaz Ahmad yang dia ingin bertemu Allah dan Rasulullah bila dia meninggal nanti.

Saya bukan ahli ibadah, saya bukan orang alim tapi mudah-mudahan dengan datang ke tempat ini, suatu hari nanti bila saya meninggal saya dapat mengadap Allah dan berkumpul bersama Rasulullah.”

Tambah Ustaz Ahmad lagi, sepanjang jadi penderma di rumah anak yatim, Ashraf tak pernah memberitahu orang tentang kebaikannya ini.

Bahkan, BCL sendiri hanya mengetahui tentang perkara ini selepas Ashraf meninggal.

Moga Ashraf ditempatkan dikalangan orang beriman.

 

Baca: “Keluarga upah doktor pantau Bunga” – BCL Masih Belum Tidur Sejak Ashraf Meninggal Dunia 2 Hari Lepas

Screenshot 2020 02 21 At 10.13.59 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.