Macam Omputih! Adegan Panas Agnes Monica Dikecam Murahan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rasanya budak-budak 90s mesti kenal dengan Agnes Monica atau sekarang dikenali sebagai Agnez Mo melalui sinetron Ku T’lah Jatuh Cinta, Jelita dan lagu-lagu macam Tak Ada Logika dan Matahariku.

Agnes dulu tak sama macam Agnes sekarang. Penyanyi ni dah go international dan dah keluar pun lagu duet dengan Chris Brown bertajuk Overdose. Tapi baru-baru ni nama Agnes jadi sebutan semula lepas dia share klip ‘panas’ kat Instagram menunjukkan dia dan Chris Brown sedang hangat bercium.

Tak caye? Haa tengok video kat bawah. 

Video ni kalau omputih tengok macam normal je la kan sebab banyak lagi adegan panas yang orang sana dah buat. Tapi bagi orang Asia terutamanya di Indonesia, fans Agnes di sana dah anggap penyanyi ni sanggup jadi murahan demi menaikkan nama di peringkat international. Opss! 

Sumber: Instagram

Malah ada jugak fans yang rindu tengok Agnes masa zaman-zaman dia di sinetron dulu. Tak seksi-seksi sampai tayang badan macam tu sekali.

Sumber: Instagram

Macam mana pun tak semua fans Agnes yang mengeji. Ada jugak yang supportive dengan perjalanan karier Agnes dan menganggap penyanyi ni dah mengharumkan nama Indonesia.

Sumber: Instagram

Agnes yang juga digosipkan bercinta dengan Chris Brown kini memang aktif menyanyi dan berkarier di Hollywood.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Semoga terus sukses Agnes! Tapi jangan lupa jugak dengan adat dan budaya kita orang Asia. 

Baca: MV Lirik Bobo Di Mana Dah Keluar. Penuh Dengan Aksi Lucah! 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!