“Macam mana nak didik orang macam ni?” – Netizen Marah Ahli Kerajaan Baru Melaka Merokok Dalam Kawasan Tertutup, Tak Hormat Sekeliling

Tambah ke Sumber Pilihan
“Macam mana nak didik orang macam ni?” – Netizen Marah Ahli Kerajaan Baru Melaka Merokok Dalam Kawasan Tertutup, Tak Hormat Sekeliling

Bagi mereka yang mengikuti suasana politik Malaysia sekarang, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka telah tumbang dan Barisan Nasional (BN) Melaka dilaporkan membentuk satu kerajaan negeri baru gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Berikutan ini, satu press conference telah dibuat semalam namun bukan isu politik yang menjadi ‘soksek-soksek’ netizen ramai, sikap ahli parti dari kerajaan baru Melaka pula yang dipersoalkan. Aik apa pulak masalahnya tu? 


Ahli kerajaan baru merokok dalam kawasan tertutup? 

Menerusi perkongsian Facebook Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR), salah seorang daripada ahli kerajaan baru Melaka ni dilihat dengan selambanya menyalakan api rokok dan menghisap rokok di hadapan orang ramai semasa press conference diadakan. 

Press conference ni katanya diadakan sekitar jam 4.45 petang semalam dihadiri 17 ahli kerajaan baru Melaka, dengan seorang ahli dilihat sedang bercakap telefon di belakang majlis tersebut.

New Melaka State Govt Members Openly Smoke Cigarettes In Smoke Free Zone Hotel During Conference World Of BuzzSumber: WOB

New Melaka State Govt Members Openly Smoke Cigarettes In Smoke Free Zone Hotel During Conference World Of Buzz 2Sumber: WOB

Ketika ‘ahli’ itu sedang menamatkan panggilannya, dia kemudian tanpa rasa bersalah telah menyalakan rokok dan menghisapnya betul-betul di dalam bilik conference tersebut bersama seorang ahli kerajaan lain. Fuh betul punya relaks ni!

“Bukti dah ada, mohon ambil tindakan” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan ahli kerajaan baru Melaka tersebut. Sepatutnya dia sebagai seseorang daripada kerajaan haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada semua pihak.

VideoSumber: Facebook

Apa pendapat korang? Wajar ke tindakannya tu? 

Baca: “Belum apa-apa dah membongak” – Nafi Berbohong, Zahid Kata Peguam ‘Junior’ Silap Mohon Tangguh Perbicaraan

Zahid Tipu

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Macam mana nak didik orang macam ni?” – Netizen Marah Ahli Kerajaan Baru Melaka Merokok Dalam Kawasan Tertutup, Tak Hormat Sekeliling
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/macam-mana-nak-didik-orang-macam-ni-netizen-marah-ahli-kerajaan-baru-melaka-merokok-dalam-kawasan-tertutup-tak-hormat-sekeliling/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM