Semalam, mahkamah meluluskan permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menangguh perbicaraan kes. Katanya, Zahid ‘diperlukan’ untuk berbincang dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan pembentukan kabinet baru.
JPM Nafi Muhyiddin ada perbincangan
Bagaimanapun, beberapa jam lepas perbicaraan itu ditangguh, Jabatan Perdana Menteri (JPM) tampil membuat kenyataan. Menurut Malaysiakini, dalam kenyataan yang dikeluarkan itu JPM memaklumkan bahawa Muhyiddin Yassin tidak dijadualkan bertemu dan mengadakan perbincangang dengan mana-mana pemimpin politik.
Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini.”
https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/2823150747763466
“Silap peguam bela ‘junior’.” – Zahid
Tidak lama selepas itu, Zahid juga membuat kenyataan petang semalam dan menafikan berlakunya pembohongan sebaliknya hanya sedikit kesilapan dari peguam ‘junior’ yang mewakilinya.
Tiada pembohongan. Cuma junior lawyer silap memberitahu mahkamah. Sudah diperbetulkan.”
Perbicaraan tetap berlangsung
Melalui maklumat diterima Malaysiakini, perbicaraan kes ahli parlimen Bagan Datuk itu disambung petang semalam. Pegawai mahkamah berkata, Hakim Collin Lawrence Sequerah telah mengarahkan kes itu disambung.
Zahid berdepan 47 tuduhan – 12 kes pecah amanah, 27 kes pengubahan wang haram dan 8 kes rasuah. Semalam adalah hari pertama Zahid dibicarakan di bawah kerajaan baru – Perikatan Nasional yang melibatkannya sebagai presiden Umno.
Reaksi netizen
Melalui Twitter, ramai netizen memberikan reaksi yang menunjukkan mereka tidak gemar dengan kesilapan ‘kecil’ sebegitu. Ada pula yang persoal sama ada tindakan sebegitu dikira menghina mahkamah atau tidak?
Baca: “Diperlukan untuk bentuk kabinet” – Hakim Benarkan Perbicaraan 47 Tuduhan Zahid Hamidi Ditangguh