“Macam mana dorang check?” – Coach Halang Atlet Gymnast Masuk Sukan SEA Sebab Dia Tak Ada Dara?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Macam yang korang semua tahu, Sukan SEA ke-30 kini sedang berlangsung di Filipina. Acara sukan ini adalah salah satu platform untuk para atlet Asia Tenggara mempamerkan kemahiran mereka bagi merebut gelaran dalam sukan masing-masing.

Ini termasuk seorang atlet gimnastik dari Indonesia berusia 17 tahun Shalfa Avrila Sania, sebelum dia tiba-tiba digugurkan dari pasukannya.

Namun, apa yang menjadi kontroversi adalah alasan jurulatihnya menggugurkan Shalfa dari Sukan SEA. Alasan yang diberikan hanyalah sebab Shalfa tak ada daraSeriouslahhh, apa kena mengena?

Menurut iNews, keluarga Shalfa bengang dengan pengguguran secara tiba-tiba ini dan dengan alasan seperti itu, ia juga turut mencalarkan maruah dan reputasi Shalfa.

Sumber: Jatimnow

Coach kata anak saya sering keluar malam dengan kawan-kawan lelaki dan berdasarkan soal siasat mereka, anak saya dah tak ada dara.”

Ibu Shalfa, Ayu Kurniawati kemudiannya menambah yang dia sangat terkejut dengan kenyataan dari jurulatih tersebut namun dia tetap akan lawan bagi membersihkan nama anaknya yang sehingga hari ini sudah pun berjaya meraih hampir 50 medal sejak dia berkecimpung dalam sukan ini 8 tahun lepas.

Bukan tu je, keluarga Shalfa turut buat ujian perubatan bagi membuktikan hymen anak mereka ini masih utuh dan tuduhan coach tersebut memang tak berasas. Keluarga ini telah pun menghantar laporan kepada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia menunjukkan protes mereka akan pengguguran ini.

Sumber: iNews

Bila ditekan oleh media, wakil kementerian Gatot S. Dewa Broto mengatakan yang pengguguran Shalfa sebenarnya atas sebab isu disiplin dan prestasinya. Namun Gatot tak menolak kemungkinan bahawa coach tersebut mungkin membuat kesilapan.

Kami akan mengambil tindakan tegas jika atlet tersebut dihantar balik hanya dengan alasan ‘tak ada dara’ kerana perkara ini adalah urusan peribadi dan tak ada kena-mengena dengan prestasi atlet.”

Hopefully kementerian dekat sana dapatlah jalankan siasatan secepat mungkin. Sebab kalau betul coach tu bagi alasan tak ada dara, benda ni memang tak munasabah dan tak adil untuk Shalfa.

 

Baca: Ngeri! Tangan Atlet Wanita Patah Beberapa Tempat Ketika Angkat Berat 107kg

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson