in

Ngeri! Tangan Atlet Wanita Patah Beberapa Tempat Ketika Angkat Berat 107kg

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sampai seminggu admin baca berita pasal ahli gimnastik patah kaki, kali ini atlet olimpik angkat berat pula alami insiden yang sama.


Seorang atlet angkat berat wanita alami insiden mengerikan apabila lengannya patah beberapa tempat ketika dia cuba mengangkat besi seberat 107kg.

Nintchdbpict000482465268

Kejadian ini berlaku semasa Gaelle Nayo-Ketchanke bertanding mewakili Perancis untuk kategori wanita 76kg pada Pertandingan Angkat Berat Eropah di Batumi, Georgia.

Menurut The Sun, Gaelle sedang melakukan percubaan ketiga untuk mengangkat berat 107kg apabila sikunya tak dapat menahan tekanan lalu bengkok ke belakang dan patah. Ouch!

Kalau korang tengok video kat atas ni, badan Gaelle berada pada posisi yang betul tapi bila dia cangkung dan cuba angkat berat, tangannya tiba-tiba kebelakang. Wanita ini terus menjatuhkan besi angkat berat tersebut dan baring di lantai sambil menjerit kesakitan.

Pasukan kecemasan bergegas ke gelanggang untuk membantu atlet malang ini dan membawanya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Laporan dari pasukan Perancis mengatakan, tangan kiri Gaelle patah dua tempat dan sikunya terkehel.

Walaupun, Gaelle tak berjaya untuk berat 107kg, wanita ini berjaya mendapat pingat gangsa untuk berat 103kg.

Selepas kejadian, Gaelle memuatnaik gambarnya dengan tangan berbalut untuk mengucapkan terima kasih kepada staf dan rakan-rakannya kerana bertindak pantas untuk selamatkannya.

“Saya terima banyak sokongan dan saya akan pulang ke Perancis untuk menjalani rawatan lanjut. Saya berterima kasih kepada staf perubatan yang bertindak pantas serta jurulatih dan rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi saya.”

Gaelle berharap dia boleh pulih dari kecederaan ngeri ini sebelum sukan Olimpik tahun hadapan di Tokyo, Jepun.

Harap-harap kecederaan Gaelle ni tak tamatkan kareer dia sebagai atlet angkat berat.

 

Baca: [Video] Akibat Salah ‘Landing’ Ahli Gimnastik ‘Patah Kaki’ Dua Bulan Sebelum Hari Perkahwinan

Screenshot 2019 04 15 At 11.11.48 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.