in

“Macam mana dapat airtime?” – Netizen Terkejut Lihat Najib Razak ‘Berkempen’ di TV, Rupanya…

Rakaman Najib Tular Di Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.


Walau bagaimanapun, semalam ramai yang terkejut apabila terlihat satu rancangan di siaran TV1 memaparkan mantan perdana menteri tersebut sedang ditemubual.

Ff1Dgrduaaerrha

Imej yang dirakam di TV tersebut kemudian telah viral di Twitter hingga menimbulkan pelbagai komen hebat daripada netizen ramai.

“Kenot brain camna dia boleh dapat airtime” 

Rata-rata netizen yang terkejut berpendapat ia agak pelik bagaimana Najib boleh muncul di televisyen sedangkan bekas PM berkenaan kini berada di penjara.

Malah ada yang mengatakan ia tidak wajar untuk seseorang yang sudah dipenjarakan mendapat peluang untuk ‘berkempen’ di siaran televisyen utama.

Netizen Marah

“Video telah dirakam lebih awal”  

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Penjara Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka mengenai perkara tersebut di Facebook dan menjelaskan bahawa video berkenaan telah pun dirakam lebih awal sebelum Dato’ Seri Najib Razak dipenjarakan.

Hasil semakan mereka juga mendapati video tersebut telah dirakam oleh pihak RTM untuk siaran rancangan Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 dan ia telah ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober lepas.

KENYATAAN MEDIAJABATAN PENJARA MALAYSIATULAR VIDEO RAKAMAN BANDUAN DI STESEN TVKAJANG, 25 Oktober 2022 – Jabatan…

Posted by Jabatan Penjara Malaysia on Monday, October 24, 2022

Orang ramai juga diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lebih lanjut serta tindakan boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab.

So sebelum nak viral tu adalah lebih baik kalau korang check dulu dengan pihak berwajib ya? 

Baca: “Kenapa Anwar boleh?” –  Anak Najib Razak Pertikai Bapanya Tidak Dibenar Berkempen Dari Penjara

Ana

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.