in

“Kenapa Anwar boleh?” – Anak Najib Razak Pertikai Bapanya Tidak Dibenar Berkempen Dari Penjara

Yana Najib Tak Puas Hati 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri ke-6, Najib Razak kini sedang menghadapi hukuman penjara ekoran kesnya yang melibatkan isu penyelewangan dana SRC International.

Nooryana Najwa yang merupakan anak perempuan bekas perdana menteri itu, semalam meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman Instagram miliknya apabila bapanya yang kini berada di Penjara Kajang itu tidak dibenarkan berkempen untuk Pilihan Raya Umum (PRU15).


Dalam posting tersebut, Nooryana mempersoalkan mengapa Anwar Ibrahim dibenarkan berkempen dari penjara untuk isterinya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh pada tahun 2015 tetapi bapanya tidak dibenarkan untuk PRU15 yang bakal diadakan bulan hadapan.

https://www.instagram.com/p/Cj7PKTKBP2O/?utm_source=ig_web_copy_link

“Kenapa Anwar boleh tapi Najib tak boleh? Adakah sebab namanya Najib?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dia turut berkongsi screenshot artikel berita berkaitan isu tersebut, salah satunya mengatakan bahawa mesej Anwar kepada umum telah disampaikan oleh peguamnya ketika itu, Latheefa Koya, di mana Anwar mengajak mereka mengundi (Parti Keadilan Rakyat) PKR dan calonnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala dalam screenshot artikel kedua memaparkan Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim memberitahu Najib Razak tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung PRU15, termasuk berkempen.

Baca: Jabatan Penjara Larang Najib Keluarkan Kenyataan Mengenai PRU15

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.