in

Macam Mana Boleh Lepas? Penjenayah ‘Wanted’ Berjaya Masuk Latihan Polis di Kuching

Okay 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahayanya orang macam ni boleh terlepas!


Polis ni adalah someone yang diharap boleh selamatkan kita daripada kejadian buruk dan perkara yang tak elok. Tapi apa yang mengejutkan, WORLD OF BUZZ melaporkan ada seorang penjenayah boleh terlepas join akademi polis!

Lelaki berusia 20 tahun tu khabarnya ditangkap ketika sedang menjalani latihan kat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuching, Sarawak. Lelaki tu tiba-tiba ditangkap kerana rupa-rupanya dia seorang penjenayah dikehendaki kat Kelantan! Macam mana boleh masuk latihan polis ni?!

Msian Enrolls In Pdrm Academy For 6 Weeks Turns Out Hes A Wanted Criminal World Of Buzz
sumber: wob

Sewaktu ditangkap, pihak polis terkejut sangat sebab lelaki penjenayah tu katanya dah menjalani latihan selama enam minggu kat akademi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ditahan. Menurut pihak polis, lelaki tu merupakan suspek dalam rompakan bersenjata yang berlaku di sebuah restoran di Kelantan pada bulan Mac yang lalu.

Suspek dan seorang lagi lelaki dikatakan telah menembak dua orang pekerja restoran sewaktu rompakan dan melarikan diri dengan motosikal sejurus lepas tu. Pihak polis meneruskan usaha mencari kedua-dua orang suspek lepas rompakan tu dan salah seorang telah lari ke Kuching.

Mungkin dia ingat tempat tu paling selamat untuk dia sembunyikan diri, suspek memohon untuk jadi pelatih di akademi PDRM berkenaan dan kemudian diterima masuk lepas proses saringan!

Msian Enrolls In Pdrm Academy For 6 Weeks Turns Out Hes A Wanted Criminal World Of Buzz 2
sumber: wob

Terdapat 360 orang calon di akademi tersebut dan suspek adalah salah seorang daripadanya. Dia berjaya bergaul dengan kawan-kawan kat situ selama enam minggu sampailah ada seorang pengajar ni decide untuk teliti semula maklumat suspek. Tengok-tengok pelatih tu seorang penjenayah!

Buat masa ini pihak polis Kelantan dah hantar seorang pegawai ke Kuching untuk membawa penjenayah berkenaan pulang bagi siasatan lanjut.

Nyawa kita semua dalam bahaya kalau ada ramai lagi penjenayah terlepas jadi pelatih polis macam ni. Semoga proses saringan akan lebih diperketat selepas ni.

Baca: PDRM Akan ‘Dibersihkan’ Bermula Dengan Ketua Polis

Qwkwdqdw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.