in

PDRM Akan ‘Dibersihkan’ Bermula Dengan Ketua Polis

Page Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan kini sedang cuba sedaya upaya untuk memastikan negara akan berubah ke arah Malaysia baru dan nampaknya Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) akan dirombak tak lama lagi bagi nak penuhi goal tersebut.


Menurut WORLD OF BUZZ, rombakan akan bermula pada bulan Julai ini di mana beberapa ketua jabatan di PDRM bakal dibuang termasuklah Ketua Polis Negara. 

1
sumber: wob

Tapi bukan takat tu je tau sebab rombakan ni kan dibuat besar-besaran sampaikan ada tiga jabatan di PDRM yang akan dibubarkan kerana terlalu mengamalkan rasuah. Mak aih! 

Sumber juga memberitahu Straits Times seperti yang dilaporkan dalam The Star, orang pertama akan dibuang ialah “No. 1” yang menunjukkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang baru je memegang jawatan tersebut 9 bulan yang lalu.

2
sumber: wob

Selain itu, jabatan yang akan dibubarkan ialah:

  • Pasukan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme
  • Pasukan Tugas Khas Melawan Jenayah Terancang
  • Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik

Apabila ditanya, sumber memberitahu yang jabatan-jabatan berkenaan memang terkenal sebagai jabatan yang terlibat dengan rasuah dan didakwa turut melindungi penjenayah yang sepatutnya dikawal mereka.

3
sumber: wob

Sementara itu, Cawangan Khas dah namakan tiga orang untuk kerajaan pilih sebagai Ketua Polis termasuk Timbalan Ketua Polis Noor Rashid Ibrahim, 60, dan Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang kini mengetuai Jabatan Sumber dan Teknologi Strategik. Yang selebihnya tak dipilih kerana “tak bersih”.

4
sumber: wob

“Ada antara mereka yang mewah berlebihan. Tak masuk akal macam mana sesetengah mereka boleh ada kereta mewah selain dari tinggal di rumah banglo. Ada juga antara mereka yang salah gunakan kuasa.”

Yang lain pulak terlalu setia kepada bekas PM Dato Seri Najib Razak sekaligus buatkan mereka tak layak untuk jawatan tersebut.

Kita nantikan bulan depan!

Baca: “Tak ada lagi haji guna duit curi” – Tun M

Haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.