in

“Maafkan abang, sayang” – Ryzal Muat Naik Video Mohon Maaf Pada Maryam, Sentiasa Susahkan & Buat Isteri Sedih

Ryzal Maryam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas mendapat kecaman hebat gara-gara isu menghina pakaian tradisional orang Iban, instafamous terkenal, Ryzal Ibrahim telah membuat permohonan maaf kepada isterinya, Maryam You Narae atas segala kesilapan yang berlaku.


Permohonan maaf itu telah dimuat naik di Facebook Duriankimchi mereka yang memaparkan Maryam menangis kerana tersentuh dengan sikap suaminya itu.

Ar 1

Ryzal menerusi kapsyen di video tersebut juga memberitahu yang dia mula mengenali Maryam pada tahun 2018 dan pada ketika itu dia berjanji kepada isterinya untuk menjadikan wanita itu terkenal dan membawanya ke Malaysia.

Pada 2018, kami mula berkenalan dan Ryzal memberitahu Maryam pekerjaan Ryzal di Malaysia mendokumentasikan kehidupan orang di TV, dengan itu Ryzal berjanji akan menjadikan Maryam terkenal dan membawanya ke Malaysia. 

“Ryzal mulakan langkah pertama dengan merakamkan rutin harian, mengajarnya perkataan Bahasa Melayu, tentang Islam dan kepelbagaian budaya di Malaysia. Maryam mula terkenal di Kelantan dengan menyanyikan lagu dikir barat “Kelate Kito”,” katanya.

Sedih 1

Saat Maryam mulai dikenali di Malaysia, pada Ogos 2019, Ryzal berjaya mengislamkan Maryam dan menikahi wanita itu.

Dari sinilah bermulanya pasangan ini mula membuat vlog di Youtube dan Maryam mula menceburi industri hiburan di Malaysia.

Abang

Menerusi video tersebut juga, Ryzal ada mengatakan yang dia akan membuat satu kejutan kepada Maryam namun dia masih tak menyatakan apakah kejutan tersebut.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasakan Ryzal sangat romantik kepada isterinya dan berharap pasangan tersebut tabah dalam menghadapi segala dugaan.

Cisan

Kalau korang nak tengok video full, boleh tengok kat sini.

Harap Ryzal ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku. Kesian tengok Maryam nangis-nangis. 

Baca: “Terima kasih semua” – Maryam Bersyukur Ramai Masih Sayang Meskipun Suami Teruk Dikecam Isu Pakaian Tradisional Kaum Iban

Marr

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.