in

“Terima kasih semua”- Maryam Bersyukur Ramai Masih Sayang Meskipun Suami Teruk Dikecam Isu Pakaian Tradisional Kaum Iban

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, viral tentang isu suami kepada personaliti media sosial berkelahiran Korea Selatan iaitu Maryam You Narae apabila suaminya Ryzal Ibrahim menghina pakaian tradisional wanita kaum Iban yang dikenali sebagai Ngepan sehingga mendapat kecaman hebat terutamanya dari masyarakat Iban sendiri.


1162265 1

Bukan setakat kecam suaminya, bayi yang masih dalam kandungan Maryam juga turut dilemparkan dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Namun, isu tersebut telah sedaya upaya diselesaikan dengan baik dan permohonan maaf juga sudah dibuat oleh suaminya.

 

Masih bersedih

Menerusi satu posting di Instagram yang dimuat naik oleh Maryam baru-baru ini, dia meluahkan rasa sedih yang masih terpalit akibat isu kontroversi itu. Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur sebab ramai yang masih sayang pada dirinya.

“Saya masih bersedih tetapi saya bersyukur.”

Capture 5

Dalam pada itu, situasi yang dihadapinya membuatkan dia tersedar bahawa Allah masih sayangkan dirinya ketika berdepan dengan ujian ini.

“Allah membuatkan saya tahu betapa sayangnya dia pada saya sebagaimana banyaknya kebaikan dan kasih sayang yang orang lain tunjukkan pada saya.”

 

Terima kasih semua

Dia juga berterima kasih kerana ada yang masih menyayangi dirinya walaupun pada ketika itu dia membenci dirinya.

“Terima kasih kerana mengisi kekosongan hati saya ketika saya membenci diri saya.”

Tambahnya lagi, dia bercita-cita untuk menjadi individu yang akan selalu memberikan kasih sayang kepada orang lain sama seperti kasih sayang yang dia terima ketika dia menghadapi dugaan yang dihadapinya ini.

 

Netizen beri kata-kata semangat

Melihat coretan hati Maryam, rata-rata netizen risau dengan keadaan Maryam dan bayi dalam kandungannya. Diorang banyak bagi kata-kata semangat dekat Maryam suruh dia jaga kesihatan diri dan bayi.

Ada juga yang muat naik komen beritahu yang diorang sudah maafkan kesalahan tentang isu hina pakaian tradisional Iban sebelum ini.

Photo6176874678249958440

Maafkan lah diorang berdua ni sebab diorang betul-betul dah learn from mistake orang putih kata. Yang lepas tu biarlah lepas, usahlah dikenang. Gituu…

 

Sumber: maryamyunrrr

Baca:“Tiada sebesar zarah pun niat utk menghina”- Dikecam Sebab ‘Ejek’ Baju Kaum Iban, Duriankimchi Mohon Maaf

Capture 4

Sumber: mStar
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.