in

“Lost control” – Remaja Sekolah Main Basikal Dekat Car Park Tingkat 6 Dengan Kawan, Maut Terjatuh ke Bawah

jatuh bangunan

Seorang remaja berusia 13 tahun maut selepas terjatuh ketika bermain basikal di tingkat enam tempat bangunan tempat letak kereta.

Menurut WOB, kejadian itu berlaku di Pasir Ris, Singapura pada 8 Januari dan mangsa yang juga seorang pelajar perempuan tidak didedahkan identitinya. Ketika kejadian, mangsa sedang bermain basikal bersama rakannya di sekitar kawasan bangunan tempat letak kereta tersebut.

carpark1
Gambar hiasan

Dia kemudian dikatakan hilang kawalan menyebabkannya melanggar besi penghadang dan terjatuh ke bawah dari tingkat enam. Seorang saksi berkata dia terdengar bunyi hentaman kuat ketika sedang mandi. Ketika itulah di sedar bahawa remaja perempuan itu jatuh dari bangunan dan terus hubungi ambulans dan pihak polis.

Menurut pihak polis, mereka terima panggilan pada jam 4 petang dan dimaklumkan terdapat seorang remaja perempuan ditemui terbaring dan tidak bergerak. Selepas pasukan medik tiba dan melakukan pemeriksaan, remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

carpark3

carpark2
Sumber: Facebook

Polis kemudian memasang khemas kecil untuk menutupi mayat mangsa dan melalui satu posting di Facebook, kasut sekolah pelajar itu terbuka dan dilihat berada di sebelahnya. Difahamkan, siasatan masih sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Baca: “Bodoh mak dia ni” – Budak 4 Tahun Terjatuh Dari Tingkat 14 Lepas Mak Ugut Nak Terjun Masa Gaduh Dengan Suami

collage 5