in

“Bodoh mak dia ni” – Budak 4 Tahun Terjatuh Dari Tingkat 14 Lepas Mak Ugut Nak Terjun Masa Gaduh Dengan Suami

Collage 5

Bak kata P. Ramlee, “sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri?” Bergaduh adalah lumrah berpasangan tapi apa yang ibu bapa selalu terlepas pandang, anak-anak yang sengsara dalam situasi ini.

Seorang budak lelaki berusia 4 tahun telah terjatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan ketika ibu bapanya sedang bergaduh di rumah.

Menurut China Press, pasangan dari daerah Anhui, China ini tengah bergaduh pada 30 Disember lalu. Ketika pergaduhan tengah hangat, ibu kanak-kanak ini telah membuat keputusan terburu-buru mendukung anaknya dan ugut hendak terjun dari tingkap.

Boyy 1
Sumber: china press

Namun, suaminya sempat memegang wanita ini dan menarik lengan isterinya masuk semula ke dalam bilik. Malangnya, bila wanita ni dah masuk, dia dengan tak sengajanya terlepas anak yang dia tengah dukung dan budak tersebut jatuh dari tingkap 14 ke tanah.

Ambulans telah digegaskan ke tempat kejadian dan pihak perubatan cuba untuk menyelamatkan budak ini namun gagal. Budak ini disahkan meninggal.

Boyy2
Sumber: china press

Dilaporkan, kanak-kanak pasangan yang berusia 30 tahun ini telah biasanya tinggal bersama neneknya pada hujung minggu.

Allahu, sebab ikutkan perasaan, anak yang jadi mangsa.

 

Baca: “Mak bapak selfish” – Anak 11 Tahun Terjun Dari Tingkat 39 Sebab Tak Tahan Dengar Parents Bergaduh

Screenshot 2020 01 03 At 3.33.06 Pm