in

Lembah Klang Dilanda Banjir Kali Ketiga Dalam Tempoh 6 Bulan, Ramai Takut Jejas Persiapan Raya

Page Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih terbayang-bayang lagi kejadian banjir teruk yang melanda hampir semua kawasan di Lembah Klang pada Disember tahun lepas kan?


Selepas surut seketika, Lembah Klang sekali lagi dilanda banjir pada awal tahun ini malah semalam hujan lebat di kawasan yang sama menjadikan ia berlaku untuk kali ketiga dalam tempoh hanya 6 bulan saja.

Hujan lebat bermula di sekitar Lembah Klang pada tengah hari dan air naik dengan cepat sehingga berlaku kesesakan di beberapa jalan utama. Pelbagai update tentang situasi tersebut dimuat naik di media sosial.

Difahamkan situasi cemas itu telah menyebabkan terowong SMART diaktifkan pada jam 3:40 petang semalam untuk air dilencongkan ke Kolam Berembang bagi membantu menyurutkan kawasan yang dilanda banjir kilat.

“Makin kerap jadi ni, takut lah…”

Disebabkan kejadian banjir ini dilihatkan semakin kerap berlaku malah jarak tempoh yang tak jauh juga telah menimbulkan kerisauan dikalangan netizen lagi-lagi penduduk yang berada di sekitar kawasan yang terlibat.

Komen Full 12

Bukan itu saja, turut ramai yang risau sekiranya kejadian banjir ini akan menjejaskan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi apatah lagi kemungkinan untuk orang pulang beraya pada hujung minggu ini adalah tinggi.

“Risau nak gerak balik, risau nak tinggal rumah…” – Luah netizen

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan dokumen dan barang-barang penting disimpan di tempat yang selamat sebelum bergerak pulang ke kampung untuk beraya demi mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

Harapnya korang rancang betul-betul untuk balik kampung ya. Barulah tenang nak sambut raya!

Baca: Tiktokers Jelaskan Kenapa ‘King of The Road’ Mampu Redah Banjir

Untitled 1 16

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.