in

Bank Rakyat Bakal Anjur Acara Kayuhan Komuniti Pertama Di Atas Lebuhraya EKVE

Bank Rakyat Ekve Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bank Rakyat secara rasmi mengumumkan penganjuran acara kayuhan komuniti ‘Bank Rakyat EKVE Community Ride 2026‘ yang dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos 2026 bertempat di Lebuhraya East Klang Valley Expressway (EKVE).

Program dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dan pihak EKVE ini bertujuan memupuk perpaduan masyarakat di samping menggalakkan aktiviti riadah yang inklusif di kawasan Lembah Klang.


Bank Rakyat Ekve

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, ini merupakan kali pertama bank berkenaan menganjurkan program kayuhan di atas lebuh raya, yang mana laluan EKVE dipilih bagi menghubungkan beberapa kawasan utama di Lembah Klang di samping menawarkan pemandangan menarik sepanjang kayuhan.

Bank Rakyat Ekve 2

Kategori Kayuhan Ditawarkan

Pendaftaran bagi program ini telah pun dibuka sejak 24 Jun 2026 lalu dengan menampilkan dua pilihan kategori utama:

  • 60 kilometer (km) Challenge Ride

  • 30km Community Ride

Bank Rakyat Ekve 5

Penyertaan terbuka kepada individu berusia 16 tahun dan ke atas, namun peserta di bawah umur 18 tahun diwajibkan untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

Artikel berkaitan: Dari Guru Ke Jutawan, Bank Rakyat Umum Pemenang RM1 Juta Akaun Pelaburan-i Rizq Plus

Artikel berkaitan: Bank Rakyat Perkukuh Agenda Hebatkan Perniagaan Malaysia Di Pentas Global

Setiap peserta yang mendaftar bakal menerima barangan penyertaan rasmi termasuk jersi acara dan pingat penamat.

Bank Rakyat Ekve 3

Kelebihan Pemegang Kad & Aktiviti Sampingan

Istimewa buat pemegang Kad Debit-i dan Kad Kredit-i Bank Rakyat, mereka berpeluang menikmati kadar yuran penyertaan eksklusif sepanjang tempoh pendaftaran dibuka.

Bank Rakyat Ekve 6

Selain acara kayuhan, orang ramai turut dijemput hadir ke Ekspo Jualan Bank Rakyat yang berlangsung di perkarangan AEON BiG Ampang.

Ekspo tersebut menampilkan pelbagai reruai jualan serta kaunter khidmat nasihat Bank Rakyat untuk pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk serta perkhidmatan bank.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang https://checkpointspot.asia atau www.bankrakyat.com.my.

Sumber: Bank Rakyat

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.