Lelaki Tikam Perut Sendiri Kerana Kecewa Menghidap Gastrik

Jadikan sumber pilihan di Google
Lelaki Tikam Perut Sendiri Kerana Kecewa Menghidap Gastrik

Nota: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata.

Setiap orang pasti mahukan kesihatan yang baik tanpa ada apa-apa penyakit yang memudaratkan diri. Namun, jika disahkan mempunyai sesuatu penyakit, janganlah pula kita terlalu sedih, kecewa dan hilang semangat untuk meneruskan hidup.


Seperti seorang lelaki dari Kota Bharu, Kelantan ini yang melakukan sesuatu di luar jangkaan selepas disahkan mempunyai penyakit gastrik. Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman mereka di Kampung Baru Keroh, Kuala Krai pada 26 Februari lalu.

Buruh binaan berusia 49 tahun itu dikatakan mengunci dirinya di dalam bilik sebelum bertindak menikam perut sendiri menyebabkan ususnya terburai. Mangsa dilaporkan berbuat sedemikian menggunakan golok miliknya.

Golok1
Gambar hiasan

Ketika kejadian, isteri dan anaknya berada di luar sebelum mendapat tahu tentang insiden itu. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, golok yang digunakan mangsa telah dirampas pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kita harap dapat mengenal pasti punca kejadian sebenar yang menyebabkan lelaki terbabit bertindak sedemikian,” katanya.

Mangsa pula kini dirawat di Hospital Kuala Krai dan dilaporkan stabil.

Entah apa yang bermain di fikirannya hingga sanggup bertindak mencederakan diri sendiri, membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Kalau ada penyakit, kena kuat semangat!

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lelaki Tikam Perut Sendiri Kerana Kecewa Menghidap Gastrik
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lelaki-tikam-perut-sendiri-kerana-kecewa-menghidap-gastrik/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen