in

Lelaki Terkejut Rumah Banjir Lepas Bangun Tidur, Rupa-Rupanya Kucing Buka Paip

Cover 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuba bayangkan, anda baru sahaja bangun daripada tidur dan tiba-tiba rumah anda banjir. Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki dari Singapura yang dikenali sebagai Zul.


Namun, banjir tersebut bukanlah disebabkan oleh hujan lebat, tapi kucing-kucingnya buka paip air semasa dia tengah tidur pada waktu tengah malam! Kisah ini dikongsikan oleh Zul dalam satu video yang dikongsikan di TikTok.

2 8

1 10

Menurut Zul, ini bukanlah kali pertama rumahnya tiba-tiba ‘banjir’ disebabkan kenakalan kucing-kucingnya, sebelum ini juga pernah terjadi kejadian yang sama.

“Dia boleh main air…yang kena bersih aku. Nasiblah parents aku takde”, ujar Zul dalam videonya.

Lucunya dalam video tersebut, kucing-kucingnya tanpa rasa bersalah melompat-lompat di lopakan air seperti dunia ini mereka yang punya. Malah, kelihatan seekor kucing sedang duduk di paip air yang mengalir, seolah-olah dia ialah penjaga paip tersebut.

G

3 7

@zul_taylor12

won’t forget this ?‍♂️?‍♂️?‍♂️ #russianbluecat

♬ original sound – Zultaylor – Zultaylor

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Zul dan kucing-kucingnya. Malah, ada yang beranggapan mungkin kucing tersebut mahu mandi di kolam kerana kepanasan di musim panas ini.

Photo 2021 06 12 21 32 45

Photo 2021 06 12 21 32 44

Siapa pernah kena situasi yang lucu melibatkan kucing? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

 

BACA: [VIDEO] Demi Anak Yang Sakit Mata, Oyen Datang Ke Hospital & ‘Minta Tolong’ Doktor

Cats 46

Sumber: Zultaylor
Sumber: Zultaylor
Sumber: Zultaylor
Sumber: Zultaylor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.