in

[VIDEO] Demi Anak Yang Sakit Mata, Oyen Datang Ke Hospital & ‘Minta Tolong’ Doktor

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing berwarna jingga atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Oyen sering kali dianggap sebagai kucing yang chaotic dan selalu mendatangkan masalah.



Namun siapa sangka, Oyen sebenarnya ialah kucing yang penyayang dan tidak mementingkan diri sendiri. Tak percaya?

2

Baru-baru ini, tular sebuah video yang mampu untuk membuatkan anda ketawa dan kagum dalam satu-satu masa. Dalam video tersebut, kelihatan seekor Oyen sedang menggonggong anaknya masuk ke dalam hospital untuk meminta tolong doktor di situ.

Video ini dirakam oleh salah seorang petugas hospital di Izmir, Turki. Lucunya dalam video ini, jelas kelihatan orang ramai memberi laluan kepada Oyen untuk masuk ke dalam hospital.

Malah, ada juga yang mengarahkan orang lain agar tidak menghalang laluan Oyen yang sedang menggonggong anaknya. Demi Oyen!

Melihatkan Oyen yang bekerja keras ‘membawa’ anaknya ke hospital, doktor di hospital itu bertindak melakukan pemeriksaan terhadap anaknya.

Hasil pemeriksaan mendapati anak Oyen sebenarnya tidak dapat membuka mata akibat jangkitan kuman. Namun, semuanya selesai selepas pihak klinik veterinar merawat anak Oyen yang comel ini.

1

Untuk rekod, Oyen dan anak-anaknya sebelum ini pernah dibantu oleh petugas hospital yang meletakkan makanan dan minuman untuk santapan harian mereka.

Pandai betul Oyen ni, siap bawa anak masuk hospital!

 

Sumber: Dailymail

BACA: Setiap Hari Datang ‘Berjaga’, Hospital Lantik Oyen Jadi Pengawal Keselamatan

Cats 9

Sumber: Dailymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.