in

Lelaki Terkejut Dicaj RM13.50 Untuk Semangkuk Bihun Sup di Kepala Batas

Bg1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya apabila kita memasuki kedai makan, sedikit sebanyak kita boleh anggarkan harga sesebuah hidangan itu. Namun, siapa sangka gerai biasa yang dianggap menjual makanan dengan harga berpatutan ternyata mengecaj pelanggan dengan harga yang mahal.


Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Aswan Wanchik telah menjadi mangsa sebuah kedai yang mengecaj pelanggan dengan harga yang tidak masuk akal.

19875657 1593872100624450 2938494867636084328 N E1499850953250
sumber : facebook

Pada 10 Julai, Aswan telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya di Facebook dan mendedahkan pada orang ramai tentang helah sebuah kedai makan di Kepala Batas, Seberang Perai yang memperdaya pelanggannya.

Ketika di gerai yang diberi nama Bihun Sup Berapi, dia telah bertanya kepada pekerja tentang harga semangkuk bihun sup yang dijual. Namun, pekerja itu mengelak dari memberitahu harga kepadanya dan memberitahu mereka akan mengira jumlah bil selepas selesai makan.

Aswan kemudian memesan dua mangkuk bihun sup beserta dua gelas teh O ais untuknya dan seorang rakan. Selesai makan, dia memanggil pekerja tersebut untuk mengira jumlah bil tetapi harga yang dicaj sangat mengejutkannya.

19904950 1593872157291111 2571169323821116799 N E1499850995277
sumber : facebook

Menurut Aswan, harga semangkuk bihun sup dijual di gerai itu berjumlah RM13.50 dan jumlah keseluruhan bil adalah sebanyak RM31. Patutlah bila tanya pasal harga dia diam je!

“Kalau tahu, tak hadap nak makan bihun sup macam tu. Dah tak sedap, kuah rasa ajinomoto punya banyak.” 

Netizen yang membaca perkongsiannya itu turut memberi komen tentang isu tersebut dan Harian Metro telah pun melaporkan penjelasan pemilik gerai berkenaan berkenaan isu harga bihun sup tersebut.

20106429 331124713986470 1093863030794552400 N E1499850173481
sumber : harian metro
1 25
sumber : facebook

Akan tetapi, sebagai seorang peniaga, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka haruslah melayan pelanggan dengan jujur supaya tidak berlaku salah faham yang tidak diingini.

Kan senang bagitau awal awal masa ditanya tu, takde lah jadi isu besar macam ni kan.

Baca : “Macam ini saja RM32, belum lagi air. Terkejut bila nak bayar…”

2 8 E1499850619105

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.