in

Lelaki ‘Terciduk’ ‘Modify’ Motor, Reda Kena Saman & Mengaku Salah

Moto 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya orang yang minat motosikal ni pasti pernah rasa nak modify motor masing-masing untuk nampak cantik dan menarik. Tetapi, kena beringat ye sebab ubah suai motor melebihi spesifikasi yang ditetapkan adalah salah di sisi undang-undang. Kalau dah ‘terciduk’ memang tak boleh buat apa kan?


Itulah situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki ini apabila dia disaman oleh pihak berkuasa kerana mengubah suai motosikalnya melebihi syarat yang ditetapkan. Namun, lelaki ini nampak tenang sehingga dia dipuji oleh netizen.

@kidalcarbon

Owner lama cakap biasa lalu roadblock lepas tu yang kita lalu tu🙆🏻‍♂️

♬ original sound – APIT🇲🇾🇵🇸 – APIT🇲🇾🇵🇸

Kena tahan masa memancing

Video ini telah dimuat naik di TikTok oleh @kidalcarbon yang menceritakan pengalamnnya disaman oleh pihak berkuasa. Sewaktu itu, dia meninggalkan motosikalnya lalu memancing di tepi sebuah jalan. Menurutnya, dia ditahan kerana ekzos dan cover rantai motosikal yang tidak menepati syarat walaupun saiz ekzos itu adalah standard.

Ekzos sangkutlah. Tak kira cutting standard ke. Cover rantai pun kena. Aku buat karbon ni. Buka kejap, pergi mancing.. kena tahan.

Artikel berkaitan: Ibu Sanggup Keluarkan RM25K Simpanan Untuk Bayar Saman Anak, Rupa-rupanya..

Artikel berkaitan: “Dia manusia paling munafik” – Ditipu Bekas Isteri Da’i Farhan, Founder Komestik Menang Saman RM57,900

Walaupun ditahan atas kesalahan tersebut, dia nampak tenang dan mengaku salah kerana telah melanggar peraturan. Dia juga tidak menyalahkan pihak polis kerana

Takpelah, hadap jelah.. benda memang salah. Benda salah kita jangan nak betulkan. Jangan nak bising polis select. Reda je senyum je..

Dapat nego dengan polis, ekzos je kena saman

Atas budi bicara dengan pihak polis, mujur dia hanya disaman kerana kesalahan ekzos motosikal. Kalau tidak motosikalnya perlu disita di balai polis.

Alhamdulillah lepas kena saman ekzos satu, atas budi bicara. Kalau tidak memang ke balai motor ni tadi. Bawa ekzos pergi sana tukar.

Dia berkata, walaupun saiz ekzos motosikal itu adalah standard namun apabila bunyinya tidak sama seperti ekzos biasa, dia tetap akan disaman. Dia juga menasihati orang ramai agar akur jika disaman atas kesalahan diri masing-masing.

Takpelah, kesimpulannya.. nak main motor, nak langgar undang-undang. Kena tahan, kena sita, kena terima. Jangan nak ‘menyalak’.. warga asing lepas, kita tahan… jangan.. salah kita, mengaku je salah kita. Jangan nak pusing ke salah orang lain.

Terima kasih kepada anggota tadi yang melepaskan saya dengan satu saman.. kalau tak dua. Tapi yelah, polis pun manusia juga macam kita.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen memuji lelaki ini nampak tenang dan reda apabila disaman.

Moto 1 Moto 2 Moto 3 Moto 4

Bagus brader ni.. tenang je dan tak salahkan sesiapa.. Respect!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.