in

“Dia manusia paling munafik” – Ditipu Bekas Isteri Da’i Farhan, Founder Komestik Menang Saman RM57,900

Dr Erin Scam Founder

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri pendakwah selebriti Da’i Farhan yang dikenali sebagai Erin digelar munafik oleh seorang pengasas produk kosmetik, Norsiyah Kasnawi. Kenapa ni?

Dakwa Norsiyah, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi telah menipunya dalam urusan perniagaan.


Memetik sumber, pada awal perkenalan, Erin memaklumkan kononnya dia memiliki kilang, kewangan yang stabil dan sejumlah RM200 juta dalam akaun.

Artikel berkaitan: MOTAC Kongsi Senarai Syarikat Pelancongan Yang Tidak Berlesen, Bekas Isteri Da’i Farhan Pun Tersenarai?

Kesian melihat Erin dihimpit masalah kewangan, Norsiyah bersetuju untuk bekerjasama dengannya bagi mengeluarkan produk.

@mstarmalaysia

Part 1 – Munafik, tipu guna agama… Founder dedah sikap bekas isteri Da’i Farhan #sembangentertainment #mstar

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

“Dari awal saya berkawan macam-macam dia cerita seperti kaya, ada kilang dan ada duit RM200 juta dalam akaun tapi dibekukan oleh kerajaan sebab terpalit kes mahkamah.

“Dia kata sekarang tengah sesak sedikit. Jadi dari situ dia yakinkan saya untuk buat produk dengan dia,” katanya.

Bagaimanapun, dia merasakan telah diperdaya apabila Erin gagal menyediakan produk sedangkan pembayaran telah dibuat.

“Tapi bila saya dah bergaduh dengan dia selepas enam bulan saya dah bayar tapi produk tidak dapat. Rupanya semua yang dia cerita semua tidak benar,” dakwanya.

Drerin

Tambahnya lagi, dia juga menegur kawannya yang sering menggunakan sentimen agama dalam setiap perkara namun wanita itu tidak mengambil peduli.

Keputusan prosiding yang berlangsung di Mahkamah Majistret Jalan Duta baru-baru ini memutuskan Norsiyah telah menang saman ke atas Erin.

Susulan itu, Erin diperintahkan oleh hakim mahkmah untuk membayar tuntutan serta ganti rugi sebanyak RM57,900 kepada Norsiyah.

Ujarnya, pendedahan dibuat untuk memberi pengajaran kepada orang di luar sana agar tidak terpedaya dengan wanita itu lagi.

Untuk rekod, Erin pernah menjadi bualan hangat kerana ‘auranya’ yang telah berjaya menambat hati bekas suaminya, Da’i Farhan.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.