Betullah kata orang, lelaki sanggup buat apa saja demi untuk pikat wanita menjadi miliknya. Kalau takat berkorban wang ringgit tu dah kira perkara biasa tapi janganlah pulak korang buat perangai macam lelaki yang admin nak cerita ni.
Menurut Utusan Online, seorang lelaki dari Jakarta, Indonesia sanggup menyamar jadi anggota polis demi nak pikat wanita dan ajak mereka keluar bersamanya. Uish another level betul ni!
Baru sebulan menyamar, dah dapat pikat 10 wanita!
Ari Septian Pratama, 21 yang berasal dari Palembang ni katanya siap pakai uniform polis yang lengkap dengan lencana serta gunakan pistol mainan demi nak pikat wanita yang disukainya.
Malah taktiknya dalam memikat ni ternyata berkesan apabila dia berjaya menambat hati 10 wanita dalam tempoh sebulan penyamaran!
Lebih menarik, wanita-wanita ni semua bukan calang-calang perempuan. Mereka dari golongan profesional macam doktor, polis wanita, jururawat dan kakitangan awam. Amboi mamat ni mesti pandai mengayat ni!
Sanggup sewa kereta mewah, tabur janji mahu berkahwin dan konon mengaku jadi anak Ketua Polis
Penipuan Ari ni kiranya boleh dikatakan penipuan paling dahsyat lah, sebab dedikasi dia dalam menipu tu hingga ke tahap beritahu semua orang yang dia ini adalah anak kepada Ketua Polis Daerah Sulawesi Tenggara dan doktor forensik polis. Wow!
Tak cukup dengan tu, Ari juga guna nama samaran Dr Julian Saputra dan sewa kereta mewah demi untuk menarik perhatian wanita. Dia juga tabur janji kepada semua wanita ini yang dia akan mengahwini mereka dan perdaya mereka untuk tidur bersamanya bila taktiknya berjaya. Licik sungguh aih!
“Saya berjanji untuk mengahwini mereka malah sejujurnya saya tidak memeras wang mereka tetapi hanya tidur bersama mereka. Sebahagian telah pun bertunang,’’ katanya kepada polis.
Sepandai tupai melompat, akhirnya terkantoi juga!
Pun begitu, perbuatan Ari akhirnya terkantoi juga apabila dua mangsanya membuat laporan polis bahawa lelaki itu menggunakan kuasanya untuk keluarkan wang dari ATM mereka.
Semasa sidang media di ibu pejabat polis Sumatera Selatan, lelaki tu mengaku yang dia buat perbuatan tersebut sebab nak sahut cabaran di aplikasi Bigo Live, menurut Coconuts. Alahai tu lah main Bigo lagi…
Buat masa ini, pihak polis masih menyiasat kegiatan Ari yang dikatakan menggunakan personaliti orang lain untuk mencuri wang di ATM mangsa.
Kemain… sanggup dia melabur banyak duit sebab nak pikat perempuan.
Baca: “Patutlah orang kena scam” – Gadis 19 Tahun Penjenayah Paling Cantik, Dikehendaki Pihak Polis