“Patutlah orang kena scam…”- Gadis 19 Tahun Penjenayah Paling Cantik, Dikehendaki Pihak Polis

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selalu kita dengar kaum wanita yang cantik paras rupa ni akan gunakan kecantikan dorang kan? Sama ada untuk mengorat lelaki kaya, jadi model, jadi pelakon dan macam-macam lagi.

Tapi, seorang gadis berusia 19 tahun ini menggunakan kecantikan yang dimiliki dengan menipu orang ramai, lapor Nextshark.

Sumber: Nextshark

Qingchen Jingjing dari China ini sedang diburu pihak polis kerana kes penipuan yang dia lakukan bersama sindiket dengan 6 penjenayah lain. Qingchen yang mendapat gelaran ‘penjenayah paling cantik’ ini menjadi viral selepas kes jenayah yang dia dan kumpulannya lakukan tersebar.

Mereka didakwa melakukan kegiatan jenayah dengan menipu pelanggan di bar atau kedai teh sekitar kawasan Mianyang, Sichuan. Kisah kumpulan ini mula tersebar selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa telah menjadi salah seorang mangsa.

Sumber: Nextshark

Menurut lelaki tu, dia telah ditipu sebanyak ribuan Yuan di sebuah bar dekat bandar tersebut. Pihak polis kemudian menjalankan siasatan dan mendapati Qingchen bersama kumpulannya telah melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya sejak 6 bulan lalu.

Kebiasaannya, kumpulan ini akan jadikan individu yang mabuk di mana-mana bar dekat bandar tu sebagai sasaran mereka. Meskipun tidak diberitahu bagaimana modus operandi digunakan Qingchen dan kumpulannya itu, namun pihak polis dah berjaya tangkap 3 orang daripada mereka dan kini sedang ditahan reman. Qingchen bagaimanapun masih belum berjaya dikesan.

“Mempunyai wajah yang cantik itu bukan masalah, tetapi menggunakan kecantikan itu untuk melakukan jenayah adalah salah,” kata polis.

Sumber: Nextshark

Bekas rakan sekelas Qingchen turut berkongsi personaliti gadis itu yang dikatakan seorang extrovert dan selalu bangga dengan kecantikan serta penampilan dirinya. Qingchen juga dikenali sebagai gadis paling cantik dalam kelas dan terkenal dalam kalangan pelajar lelaki di sekolah.

Kini, gambar serta jenayah yang dilakukan Qingchen sudah disebarkan pihak polis dan dikongsi oleh ramai orang di media sosial tempatan. Penjenayah pun boleh jadi famous tau!

Sumber: Nextshark

Netizen masing-masing turut memuji kecantikan dimiliki Qingchen dan tidak hairan mengapa orang boleh tertipu.

“Mesti dia jadi ‘bunga’ di penjara.”

“Dengan rupa macam ni, saya pun mungkin akan tertipu.”

“Dia boleh dapat duit kalau jadi live streamer daripada jadi bar scammer. Nak jadi scammer perlu bekerja keras.”

Muda lagi woiiii. Muda dan lawa, tapi pilih jadi penjenayah. Sayangnya….

Baca: “Muda-muda dah makan duit haram” – Gadis 23 Tahun Tak Serik Scam Tiket Flight Palsu Lebih RM20 Juta

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!