in

Lelaki Sakit Mental Cuba Bunuh Diri Depan Orang Awam di Pusat Beli Belah Kluang

Ij2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pusat beli belah adalah tempat untuk kita membeli barangan, makan-makan, dan menghabiskan masa dengan keluarga atau insan tersayang. Ada juga yang pergi ke pusat membeli belah hanya sekadar untuk cuci mata atau bersiar-siar menghabiskan masa terluang mereka.


Inilah dilakukan oleh seorang lelaki di Johor yang dikatakan keluar untuk bersiar-siar di sebuah pusat membeli belah. Sekilas pandang, tiada apa yang pelik melihat orang berjalan-jalan di pusat membeli belah namun lelaki berusia 26 tahun itu mengejutkan orang ramai apabila dikatakan cuba untuk meragut nyawanya sendiri sewaktu bersiar-siar.

P1 1
sumber: harian metro

Lelaki dikenali sebagai Tan Hong Sing tersebut dipercayai mahu membunuh diri dengan cara mengelar kedua-dua pergelangan tangannya di sebuah pusat membeli belah yang terletak di Kluang. Kejadian yang berlaku pada jam 1:50 petang itu disedari oleh pihak berkuasa apabila menerima panggilan telefon daripada orang awam yang melaporkan kejadian.

“Polis menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan kejadian seorang lelaki mengelar tangannya dengan pisau di aras tiga pusat beli belah tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham.

Tan yang dikenal pasti sebagai seorang pesakit mental difahamkan telah dihantar ke pusat membeli belah tersebut oleh bapanya atas tujuan untuk bersiar-siar. Namun, peluang duduk bersendirian yang diberikan diguna untuk membuat perkara yang memudaratkan diri.

P2
sumber: harian metro

“Lelaki itu cedera di kedua-dua lengan namun masih sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khlasom Kluang dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata Mohamad Laham lagi.

Tan yang kini masih belum sedarkan diri dipercayai menggunakan pisau miliknya sendiri sebagai senjata untuk mengelar kedua-dua belah pergelangan tangan. Bapa Tan memaklumkan bahawa lelaki terbabit merupakan pesakit mental dan pernah mendapatkan rawatan sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Mujurlah tiada orang awam yang dilaporkan cedera sewaktu kejadian…. 

NOTA: Gambar bahagian kiri di atas sekadar ilustrasi.

Baca: Abang Bomba Tenang Pujuk Lelaki Putus Cinta, Gagalkan Misi Bunuh Diri

Lina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.