in

Lelaki Rompak 10 Utas Rantai Emas Berharga RM50,000 Dalam Masa 15 Saat!

1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Rompak 10 Utas Rantai Emas Berharga RM50,000 Dalam Masa 15 Saat!
Loading
/

Sudah banyak kita dengar kisah rompakan kedai emas di Malaysia. Ada yang secara berkumpulan dan ada juga yang berseorang. Itulah yang berlaku kepada kedai emas di Kelantan ini yang baru dirompak oleh seorang individu dan telah kerugian besar dalam masa beberapa saat sahaja.


Menurut Berita Harian, sebuah kedai emas di Jalan Hospital Tanah Merah telah dirompak oleh seorang suspek yang melarikan barang kemas bernilai RM50,000 dalam masa 15 saat! Kejadian yang berlaku pada jam 10:50 pagi itu menyaksikan seorang individu memakai topi keledar dan topeng muka sewaktu memasuki premis perkenaan.

Curi1
sumber: facebook

Suspek telah memecahkan cermin pameran dengan tukul besi dan melarikan 10 utas rantai emas, lapor The Malay Mail. Sewaktu kejadian, empat pekerja berada di dalam premis berkenaan dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana suspek datang dalam keadaan bersenjata.

Seorang pekerja di kedai emas tersebut, Nor Haliza Ibrahim memberitahu bahawa mereka berasa curiga sewaktu suspek memasuki premis yang ketika itu tidak dikunjungi pelanggan kerana dia masuk sambil menutup mukanya.

Curi3
sumber: facebook
Curi4
sumber: facebook

“Tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan tukul besi dan memecahkan cermin laci tempat barang kemas dipamerkan.”

“Perompak itu bertindak pantas mengaut barang kemas, termasuk beberapa utas rantai leher yang dipamerkan itu secara tergesa-gesa sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletakkan di luar premis.” 

Melalui rakaman kamera litar tertutup yang berdurasi 13 saat itu, suspek dilihat masuk perlahan-lahan ke dalam premis dan kelihatan seperti cuba mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.

Curi2
Sumber: facebook

Dia kemudiannya mengeluarkan sebatang tukul besi sambil meluru ke arah cermin pameran dan segera melarikan barang kemas setelah memecahkan cermin. Pun begitu, perompak tersebut meninggalkan tukul yang digunakannya di atas cermin pameran sebelum melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad, polis kini sedang giat memburu suspek yang sudah dikenal pasti seorang lelaki berusia 20-an. Mereka turut meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Semoga perompak tersebut dapat ditangkap dalam masa terdekat.

Tonton rakaman kamera litar tertutup di bawah:

Sumber: Facebook

Baca: Lelaki Ini Telah Bawa Keluar RM600,000 Dari Sebuah Bank di Damansara Heights Tanpa Dikesan

Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.