in

Lelaki Pura-pura Tanya Arah Rogol Dan Samun Pelajar IPTA di Shah Alam

Rogols

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelajar perempuan yang keluar pada waktu malam haruslah berhati-hati akan modus operandi terbaru penjenayah dalam memperdaya mangsa. Dunia sudah semakin tidak selamat! 


Terbaru semalam, seorang gadis yang merupakan pelajar sebuah IPTA di Shah Alam dilaporkan menjadi mangsa samun dan rogol selepas diperdaya seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan, lapor Harian Metro.

Singapore Rape
gambar hiasan

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam, mangsa yang berusia 22 tahun dikatakan berseorangan menghala ke sebuah hentian bas selepas pulang dari pasar malam di Seksyen 7, Shah Alam. Dia kemudian didatangi suspek yang berpura-pura ingin bertanyakan arah jalan.

Belum sempat mangsa menjawab pertanyaan, suspek telah mengacukan pisau ke perutnya dan menarik mangsa masuk ke dalam kereta yang menghala ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7.

Pelajar Dirogol
gambar hiasan

Sebaik kereta diberhentikan di kawasan gelap, suspek tanpa belas kasihan telah merogol mangsa. Bukan itu sahaja, wang bernilai RM100 dan telefon bimbit milik gadis itu juga telah dirampas sebelum suspek mengarahkan mangsa turun dari kereta tersebut. Aduh kesiannya! 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa sudahpun dibawa ke Hospital Shah Alam dan laporan polis telah dibuat oleh pelajar itu dengan bantuan kakaknya di Balai Polis Seksyen 9.

Buat masa ini pihak polis masih berusaha mengesan suspek dan kes ini juga telah tular melalui aplikasi WhatsApp sebagai peringatan berjaga-jaga buat pelajar perempuan yang tinggal sekitar Shah Alam.

Edited Whatsapp Image 2017 11 03 At 9.25.48 Am Edited
sumber: whatsapp

Kes tersebut bakal disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, Seksyen 392 dan 397 atas pertuduhan merompak dengan senjata dan cuba mengakibatkan kematian atau cedera parah.

Peringatan buat pelajar perempuan untuk sentiasa berwaspada akan keadaan sekeliling. Elok keluar beramai-ramai pada waktu malam dan jangan mudah terpedaya dengan orang yang tidak dikenali. 

Baca: “I tak pakai baju dan air mani banyak atas perut I” – Wanita Dipukau dan Dirogol Lelaki Pura-pura Tanya Arah

Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.