Seorang lelaki Nigeria dipercayai mabuk telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas dikatakan telah memukul seorang pemilik restoran di Bandar Mahkota Cheras. Dia juga didakwa turut memukul seorang pemandu lori serta rosakkan beberapa barang dalam restoran tersebut.
Lapor Harian Metro, insiden ini berlaku pada jam 3.30pm, 28 September lalu dan menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya mendapat panggilan dari seorang wanita yang juga pemilik restoran tersebut pada jam 4 petang.
Pihak polis telah dihantar ke tempat kejadian sebelum menahan lelaki Nigeria tersebut.
Video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan suspek digari namun dia sempat melawan dengan menendang pegawai polis sebelum jatuh ke atas tanah selepas bergelut.
Pun begitu, Mohd Zaid mengatakan punca suspek bertindak demikian masih dalam siasatan dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini untuk datang ke balai polis berdekatan atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor Salena di 017-6424007.
Sementara itu, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Baca: [Video] Polis Tengah Buru Pemandu Langgar Lari Abang Food Rider Atas Highway