in

[Video] Polis Tengah Buru Pemandu Langgar Lari Abang Food Rider Atas Highway

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan kejam seorang pemandu langgar lari seorang penghantar makanan kini viral sehingga menjadi kes polis.


Kejadian itu difahamkan berlaku di Jalan Lapangan Terbang Subang ingin menuju ke Sungai Buloh kira-kira jam 12.34 am Selasa lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mangsa, seorang warga tempatan yang berusia 23 tahun telah membuat laporan mengenai kejadian tersebut. Lapor Astro Awani.

Tambahnya lagi, punca kemalangan berlaku akibat kereta tersebut tukar lorong dan terkena belakang motosikal mangsa yang sedang menunggang kenderaannya di lorong kiri.

Akibat pelanggaran itu, mangsa telah terjatuh daripada motosikalnya manakala pemandu kereta itu telah meninggalkan lokasi kejadian.”

Namun begitu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan dan motosikal mangsa mengalami kerosakan.

Polis kini sedang memburu pelaku dan meinta orang ramai jika ada maklumat mengenai kejadian segera tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Saidatul Asma Arrifin di talian 018-9765949 / 03-79662222

 

Baca : [VIDEO] Pemandu Maut Akibat Terjun ‘Flyover’ Nak Lari Daripada Dikejar Orang Awam Sebab Langgar Penunggang Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.