Lelaki Minta Gigi Dicabut Semata-mata Nak Jumpa Jururawat Pergigian Tercantik Di Dunia

Jadikan sumber pilihan di Google
Lelaki Minta Gigi Dicabut Semata-mata Nak Jumpa Jururawat Pergigian Tercantik Di Dunia

Rupa paras yang cantik memang akan menarik perhatian orang ramai. Sebagai contoh, terdahulu kecoh kisah seorang pemilik kedai nasi ayam di Malaysia yang mendapat perhatian netizen kerana rupanya yang menawan, sekaligus menarik pelanggan untuk datang membeli di kedainya.

Terbaru, sebuah klinik pergigian di Taichung, Taiwan telah diserbu selepas tular gambar seorang jururawatnya yang cantik. Wah!


Nurse1
Sumber: The Sun

Menurut mStar, Ning Chen, 25, telah menarik perhatian netizen di Taiwan selepas gambarnya memakai uniform kerja tular.

Nurse2
Sumber: The Sun

Ning yang manis ini telah mula bekerja sebagai jururawat pergigian pada tahun lalu di Klinik Pergigian Dr. Min. Menurut The Sun, jururawat di Taiwan biasanya akan dipilih berdasarkan karakter mereka yang mesra dan rupa yang menarik supaya pesakit akan berasa kurang takut semasa menerima rawatan. Bagusnya Taiwan! Sangat memahami. 

Nurse3
Sumber: The Sun

Sejak itu, dilaporkan ramai lelaki telah menyerbu klinik pergigian tersebut dan memberi pelbagai alasan supaya gigi mereka dicabut atau ditampal walaupun hakikatnya gigi mereka tidak bermasalah. Hal ini kerana mereka hanya mencari jalan untuk mendekati dan bercakap dengan Ning.

Walau bagaimanapun, lelaki-lelaki yang cuba mengorat Ning tidak tahu bahawa dia sudah pun mempunyai teman lelaki. Alahai melepaslah korang ye…

Ning juga dikatakan tidak kisah dengan perhatian yang diberikan kerana tidak mengambil serius dengan tindakan lelaki-lelaki yang berkunjung ke klinik tersebut. Dia menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang lucu dan sangat gembira dengan kerjanya terutama melibatkan rawatan pemutihan gigi.

Nurse4
Sumber: Instagram

Instagram Ning kini mempunyai seramai 30,600 pengikut dek kerana rupanya yang menawan itu. Kesemua pengikut Ning rata-rata memuji rupa parasnya yang cantik. Mereka juga memberi gelaran ‘jururawat pergigian paling cantik di dunia’ kepadanya. Untunglah! 

Saya gembira dengan pujian orang ramai. Saya juga bersyukur dengan perhatian yang diberikan oleh mereka semua.”

Wah! Nampaknya semakin majulah klinik pergigian tempat Ning bekerja kalau dah semua serbu situ walaupun yang tak ada masalah gigi. Untung jadi orang cantik ni ye.

Baca: “Tengok penjual pun dah kenyang” – Ramai Netizen Tergila-gilakan Nasi Ayam Gadis Cantik Ini

Nurse5

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Amalina Zainal
Semua tulisan Amalina

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lelaki Minta Gigi Dicabut Semata-mata Nak Jumpa Jururawat Pergigian Tercantik Di Dunia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lelaki-minta-gigi-dicabut-semata-mata-nak-jumpa-jururawat-pergigian-tercantik-di-dunia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen