in

Lelaki Kongsi Sikap Toleransi Staf Nando’s Berbangsa India Hormat Rakan Sekerja Berpuasa

Nandos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang Ramadan berlangsung, pasti anda sudah dengar isu tular tentang netizen Muslim meminta mereka yang bukan Muslim untuk menghormati waktu berbuka puasa. Namun, tidak semua bukan Muslim begitu malah ada di antara mereka sangat menghormati mereka yang berpuasa seperti apa yang diceritakan lelaki ini.



Menerusi perkongsian Faizal Ramli di laman Facebook, dia telah jatuh cinta akan sikap seorang staf restoran Nando’s berbangsa India yang begitu prihatin terhadap rakan sekerja yang berpuasa.

11659440 10207466642292615 4234744489695840957 N
sumber: facebook

Berikut apa yang dikongsikannya:

“Semalam untuk tugas yang terakhir aku kena shoot kawasan shopping mall. Jadi aku ke Aeon Bukit Raja, Klang. Masa itu dah nak berbuka, semua tempat penuh tapi nasib baiklah ada satu meja kosong dekat Nando’s. Betul-betul depan cashier.” 

Nandos Aeon Kb 1
gambar hiasan

Seperti biasa Faizal hanya memerhati keadaan sekeliling yang havoc dengan pelanggan restoran yang tak sabar-sabar untuk berbuka puasa. Apabila tiba waktu berbuka, Faizal tiba-tiba terpana melihat seorang wanita berbangsa India yang bersikap toleransi terhadap pekerja Muslim di restoran itu.

Masa inilah aku jatuh cinta. Cinta yang datang dari insan berbangsa India. Cinta pada toleransi dan hospitaliti beliau.”

Menurut Faizal, restoran tersebut mempunyai ramai pekerja Muslim. Manakala pekerja bukan Muslim pula hanya empat orang. Dua orang perempuan dewasa dan seorang remaja lelaki berbangsa India serta seorang gadis berbangsa Cina.

Staf yang dimaksudkan Faizal itu menyuruh pekerja berbangsa Melayu lain untuk berbuka puasa terlebih dahulu dan berhenti dari melakukan kerja mereka sekarang.

Korang semua pergi makan. Kita orang cover. Pergi makan dulu.” 

Mungkin akibat terlalu ralit dengan kerja, pekerja-pekerja ini tidak mendengar arahannya. Dia terus membebel dan memaksa mereka untuk menjamah makanan terlebih dahulu lagak emak menyuruh anak makan, bak kata Faizal.

Guys, pergi makan dulu! Go, go, go!

Pada ketika inilah Faizal melihat empat orang pekerja bukan Muslim pantas melakukan tugas mereka lagi-lagi ketika restoran sedang penuh dengan pelanggan.

“Lebih kurang 10 minit berlalu, keadaan menjadi sedikit tenang. Seorang demi seorang budak Melayu keluar dari tempat ‘persembunyian’ dengan kesan minyak dekat bibir. Laju betul dia orang makan,” kata Faizal.

“Akak tadi macam biasa. Senyum memanjang. Bila ada orang keluar dari restoran untuk bersolat atau habis makan, dia akan beri ucapan.”

Faizal yang kagum dengan sikap staf wanita tersebut memuji,

Orang hebat saja yang boleh kekalkan hospitaliti macam itu pada waktu puncak.” 

Yes, i just fell in love with her hospitality dan semangat toleransi yang ditunjukkan.” 

18767760 10213784761561648 5434871718278315162 N 1
sumber: facebook

Bagi Faizal, jarang sekali dia melihat perkara sebegitu berlaku apabila dia berbuka puasa di luar rumah. Menurutnya, pada waktu puncak sebegitu selalunya pekerja restoran akan diperah dan dikerah untuk bekerja tanpa mengira keadaan mereka pada waktu tersebut.

Tapi insan hebat ini relaks saja suruh budak-budak tu makan. Dia tanganinya dengan tenang sambil dibantu tiga orang panglima.”  

Kesannya, semua budak Melayu tu sambung kerja dengan gembira sebab perut sudah kenyang. Sikap mereka berempat ini menunjukkan mereka menghormati ibadah puasa.”  

Kata Faizal, staf yang baik hati itu bernama Sara. Dia juga sempat menyatakan rasa sukanya akan sikap yang ditonjolkan Sara sebelum dia pulang.

Dia cakap dia buat apa yang dia perlu buat dan semua crew sudah macam keluarga dia.” 

Di akhir perkongsian, Faizal berharap pihak Nando’s memberi penghargaan atas sikap baik yang ditonjolkan staf bukan Muslim di restoran itu. Perkongsiannya bertujuan untuk memberi inspirasi dan mengeratkan lagi perhubungan sesama kaum.

Contohilah sikap Sara. Dalam hidup berkomuniti dan berbilang kaum, kita harus belajar untuk bertoleransi antara satu sama lain. Say no to racism!

Baca: Netizen Dikecam Kerana Nasihatkan ‘Non-Muslim’ Untuk Beri Muslim Laluan Di Mc Donald’s Ketika Waktu Berbuka

Order

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.