in

Lelaki Kongsi Cerita Dipanggil ‘Ma Ji Bai’ Oleh Penghantar Bungkusan

D 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jom baca kisah lelaki ni yang kena troll dengan rakan sendiri.


Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Juz kongsi di media sosial tentang cerita bagaimana dia dikenakan rakannya dengan cara lain dari yang lain.

Z1 2
sumber: juz bii

Menurut Juz, melalui status Facebook, dia terdengar seseorang memekik seperti sedang mencarut di luar rumahnya.

“Saya sangka jiran sebelah sedang bergaduh jadi saya tidak ambil peduli. Kemudian lelaki itu memekik dengan lebih kuat. Disebabkan rasa tidak selesa, saya keluar untuk tahu apa yang sedang berlaku.”

Sebaik sahaja lelaki itu lihat Juz keluar dari rumah, dia terus bertanya:

“Erm, hello. Ma Ji Bai ada di rumah tak?”

Pada mulanya Juz sangkakan lelaki itu memarahinya dan memaki menggunakan perkataan itu. Namun rupa-rupanya lelaki itu memanggil nama yang tertulis di atas bungkusan yang dihantar oleh seseorang kepadanya.

“Sambil menahan gelak, saya mengesahkan nama saya kepadanya. Saya melihat nama yang tertera dan beritahu: “Ini bukan saya punya, nama saya bukan Ma Ji Bai.”

Lelaki itu kemudian menjawab:

“Eh, tapi alamat ini betul la.”

Selepas memastikan bahawa alamat yang tertera itu adalah alamat rumahnya, Juz mengeluh dan mengambil sahaja bungkusan itu.

“Saya buka bungkusan itu dan menerima botol kecil berisi krim mutiara. Kepada siapa yang menghantar barang ini kepada saya, terima kasih kerana meletakkan nama yang begitu indah sekali di atas bungkusan ini.”

Z 6
sumber: juz bii

Wehhhh! Malunya kalau orang pandang bila kena jerit nama macam tu. Korang rasa kesian ke  lawak?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.